Sepi,
Kerana rasa yang sendiri
Dingin hati rindu hangatkan mentari
Sehingga terlupa kepada Dia yang sentiasa disisi
Berlari mencari cahaya cinta melata melewati hari
Namun hanya dusta yang ditemui
Sepi,
Bermusim hangat kasih insani
Pabila ditinggalkan duka temani
Saban hari menanti penghujung sepi
Kerana diri tahu pasti sepi akan pergi
Usahlah hati jangan diragu lagi…
Sepi,
Layakkah diri merasa sepi
Sedangkan diri yang menjauh cahaya Ilahi
Kalam cintaNya tidak kau hayati
Apa ditunggu carilah cinta abadi
Yang kau tahu disampingNya sahaja kau perolehi
Sepi,
Kini hilang sepi lara hati
Bertemu hangat tangis malam hari
Bagai terbang ke kayangan cinta syurgawi
Bersama ukhwah yang tercipta semata kerana Ilahi
Dalam satu bulatan besar kita sertai
Sepi,
Diri sudah tinggalkan dirimu sendiri
Masa ini hanya bersama insan yang membawa diri kepada Rabbi
Tiada lagi jiwa sendiri
Tinggalkan ku disini
Aku bahagia bersama mereka dijalan ini
p/s : usah merasa sepi kerana Dia setia menemani
sape la yang sepi tu? aduii
ReplyDeleterasa sepi..ermm sepi itu hadir kerana kita tidak menyedari kehadiran yang teristimewa iaitu Allah..walopun kita berada di kelompok yang ramai, dikelilingi sahabat dan kaum keluarga yang menyayangi sekalipun kita akan tetap sepi jika kita tidak menyedari kehadiran Allah yang sentiasa bersama kita. Allah sentiasa bersama sedangkan manusia akan pergi..oleh itu, tagihla keceriaan dan kebahagian kita bersama Allah..insyallah hilanglah sepi..
ReplyDeleteucapkan "selamat tinggal sepi..."
Ahsanti ukhti Ain..
ReplyDeletebuat Sahabatmu, Tahniah.. ukhti puitis juga orgnya.. Mabruk!
~tiadalah erti SEPI andai diri mengerti.. krn Allah sentiasa ada untuk kita..
senyumlah dengan senyuman terindah krn peneman kita adalah yg Maha Segalanya, tiada tandingannya..
dr.mujahidah;untk spe2 y asyk rse sepi
ReplyDeletekak ain; jzkk.btul tu..selamat tinggal 'sepi' tata
musafir dunia;ana suka sume puisi k.MD..mari sma2 senyum dengan senyuman y trindah ^_^