Blogger Layouts

Monday, August 29, 2016

PENDOSA


http://www.deviantart.com/


Tatkala bumi disiram matahari
Itu tandanya hari masih ada
Itu tandanya kasihNya tak berbelah bagi
Terusan bagi si hina bernafas
Bagi peluang lagi dan lagi

Tuhan,
Banyak kali Kau lihat dia tersungkur
Dia bedosa dan berdosa
Tapi mengapa kau masih membelainya?

Tuhan,
Dalam ramai dia mengasingkan diri
Dunianya terasa sendiri dan sendiri
Tapi mengapa kau hadiahkan insan supaya dia tak terusan sendiri?

Tuhan,
Dalam tangis doanya dia tak tahu mana yang sungguh
Solatnya ala kadar
Al-Quran pula semakin jarang
Tapi mengapa kau terus biarkan orang memberi dan memberinya peringatan?

Tuhan,
KasihMu selalu sahaja datang dahulu dari murkaMu
Kau masih kutip cebisan hati yang sompek
Sirnakan lagi dan lagi harapan yang hilang
Hari-hari masih punya senyuman
Itu semua kau hadiahkan walaupun Kau terluka
Bagaimana lagi kami pendosa mahu nafikan pemurahnya Engkau terhadap kami



BAHASA


http://www.deviantart.com

Selaju kenderaan empat rodaku
Bintang malam terabur bercahaya mengiri atap jalan
Baru sebentar aku mendengar ayat-ayat yang indah
Ayat indah lahirnya dari hati yang cantik
Seakan mahu aku petik dan telannya masuk ke kalbu

Bagaimana bisa bahasa syurga?
Tentu ayat-ayatnya indah tak terkata
Banyak tak terpetik tak tertelan kenyangnya

Tipulah hati yang cantik bahasanya hodoh
Sakit didengar menggores di hati
Kadang goresannya makan bertahun untuk hilang
Gemanya semakin kuat pabila wajahnya dipandang

Apalah hidup jika bahasa buat orang terasa
Apalah baiknya bercakap jika tujuannya cuma buat orang menarik muka





Sunday, February 21, 2016

CENTRE


Malam sebelum mata lelap
Otak ligat memikir
Gambaran lama dan baru menerjah
Senyum ayah bonda telukis seri

Hembus nafas perlahan
Untuk apa aku buka mata pada hari esok
Masih bisa bukakah mataku utk esk hari

Selagi mata terbuka
Tiada istilah selesai
Aku bukan berlagak superman
Aku manusia biasa yang cuba patuh aturan
Jika tidak pasti kau panggil aku celaka

Kau dan aku punya satu nyawa
Sekali ditarik meraung tiada orang hirau
Aku bukan berlagak ustazah
Hakikatnya kita satu akidah
Aku cuma ingatkan kau yang terlupa
Salahkah?

Aku tak kisah kau jeling-jeling aku
Cuma dalam jeling aku minta kau fikir
Aku mohon kau pilih yang betul
Kenapa mahu takut orang tak suka?
Kata gangster kota
Hentak kepala bagi 'centre'


Tuesday, February 9, 2016

CALAR



Gelap tak tersuluh cahaya
walau sekeliling terang
terbuka pintu masuk
malah tetap diluar
termasuk tetapi tercampak keluar

calar bebal melekat pada tubuh
orang meludah menolak keluar
tak layak untuk hidup
apa wajar memilih mati?

dalam sedu berjalan mengheret kaki
orang melihat hina jijik
apa sama pada mata tuhan?
Apa neraka tempat aku?
Apa surga tempat mereka?

calar hati bagai tiada harapan
tuhan tu tak zalim
selagi kau mahu bersujud
selagi kau sesal
Dia tak campak doa kau dalam tong sampah

calar kau calar yang berkilau


Sunday, January 17, 2016

MANDUL



semakin banyak berjalan
saraf mata membengkak
melihat sosok muda
terkinja melaungkan cinta

hancur hati tak terkata
bagai dipecah derai
kepala bagai dihempap batu

berlari selaju mungkin
sekuat yang boleh
tersungkur terbaring
menghadap ke langit
nafas dihembus laju
bunyi ngerangan ditahan 
tapi terlantun tak terkawal

langit melaut
awan bagai kepulan ais 
cicitan burung zikir damai
semuanya terlalu sejuk
serap menghilangkan panas yang terbuak

terlalu damai..
sehingga mengalirkan titis hangat
angin berlaga mengeringkan pipi

sambil bertanya pada diri..
"terlalu ramai, bagaimanakah ini,,?"

jangan lupa ambil secuit sirah 
penebar semangat sepanjang langkah
bagaimana mulanya pada seorang
sehingga harini meresap ke daging kita?

bagaimana ini..??
masih duduk dan terus mandulkah??

atau

lari dan bersorak bagai tiada apa berlaku?

kita sama tahu
bukan kita tak tahu
apa pedih hati selama bersama melihat ummah semakin kabur?
engkau pergi dan sepi dilaluan ramai
sehingga tiada beza kau dan mereka

bagaimana kita?
kitakah yang gugur atau mereka yang mandul??