Pagi itu Iman drive ke bandar bersama ibu untuk beli barang
keperluan. Anak buahnya Aiman sibuk mengekornya kemana sahaja dia pergi. Aiman
yang pagi tu liat nak bangun subuh betul-betul buat Iman tersentak dan dia
pergi tanpa pedulikannya. Dalam kereta nak digerakkan, Aiman dari jauh berlari
mahu ikut serta ke Bandar. Dalam hati Iman “ bila pla budak kecik ni mandi??”
Dalam perjalanan dia memecah sunyi “ibu, tarbiyah tu magik kan?”. Mak diam. Iman teruskan lagi sebenarnya dia
dalam usaha memahamkan ibunya betapa pentingnya dia pergi ke halaqah.
Sambil dia menukar gear kerata ke gear lima.
“ibu tahu, masa Iman gi halaqah dulu mula2 baru Iman tahu
apa sebenarnya tujuan hidup Iman. Dalam halaqah tu Iman belajar macam-macam.
Dalam halaqah tu diorang cakap if kita jadi baik bukannya untuk diri sendiri je
tapi untuk ibu dan abah jugak. Dalam halaqah tu baru Iman tahu, Iman ni aset
mak dan abah untuk ke syurga. Kan salah satu harta yang kekal kat akhirat nanti
adalah anak y soleh dan solehah?? Masa tu baru Iman tahu ibu. Kalau nak buat
jahat Iman teringat jugak kat ibu”
Ibu mula menyambung." ha, Aiman dengar acik cakap tu".. “ alaa, ibu selalu berdoa supaya anak
ibu jadi anak yang soleh dan solehah.
Kalau Allah dah kehendak korang macam tu tak kisahlah korang ni join halaqah ke
tak. Habis kalau korang tak join halaqah korang jadi jahat la gitu? Korang dulu
pun baik apa.."
Iman mengangguk , “ sebab tu lah perantaraannya ada anak ibu yang
join halaqah dan berusaha nak jadi baik
, solehah dan tahu matlamat hidup kami ibu. Kalau sebelum ni ibu tak tahu kami
ni macam mana, sebab ibu sangat sibuk kerja masa tu.. ibu, dalam kita hidup
bukannya cuma belajar, kerja, dapat gaji besar dan mati… Dalam halaqah tu baru
iman berfikir ibu, betullah kan takkan kita nak hidup macam tu je setakat solat
5 waktu, tupun tunggang langgang.. no point..mati nanti tak tau macam mana
nasib kat sana…”
Ibu mula bersetuju “ betullah , ibu rasa sejuk bila tengok
anak ibu. Bila anak-anak ibu mula solat berjemaah. Ibu rasa bersyukur sangat
sebab rumah kita ni jadi masjid yang dalamnya ada orang-orang yang solat
berjemaah.”
Ibu nampak tenang dengan jawapan Iman, susah untuk Iman
dengar suara itu mendatar macam tu.
Sambil tarik nafas. Iman terus tersenyum sambil mengimbas
kenangan lalu zaman awal remaja dia dan adiknya yang ibunya tidak pernah tahu
kisah disebaliknya, perubahan dalam
keluarga yang semakin baik walaupun tak semuanya bisa diperbetulkan. Lalu dia berkata “ tarbiyah tu magikkan ibu??”
Ibu mengangguk “ ya, magik.. bila ibu tengok diri ibu
sendiri pun dah rasa magik”
Iman tersenyum, ternampak giginya. Mungkin nada ibu agak kelakar.
Aiman yang duduk dibelakang hanya diam.
Iman mula berfikir tentang anak buahnya yang solatnya sering
dipantau oleh Iman sendiri sepanjang dia cuti sekolah dan duduk dirumah. Tak
lama lagi Iman dah nak sambung belajar untuk semester yang baru. Siapa lagi
yang mahu pantau solat dia…
Iman mula memanggil nama Aiman..
Aiman menyahut.
Secara spontan Iman bertanya pada Aiman, “ Aiman sayang
mama, sayang baba??”
Aiman menjawab, “ sayang…”
Iman menyambung “ kalau Aiman sayang mama, sayang baba Aiman
solatlah. Aiman lah harta diorang. Jadilah anak soleh. Doakan mama dan baba
selalu dalam solat. Kalau Aiman tak solat siapa lagi yang nak doakan mama dan
baba? Bila wikend baba tak kerja ajaklah baba gi masjid..” Iman mula berhenti bercakap. Takut suaranya tersekat. Dia menahan air matanya. Namun tak siapa
sedar. Masing-masing melontar pandangan ke atas jalan.
Ibu juga menyambung dan mengiakan kata-kata Iman.
Aiman hanya mengangguk dan mengiakan.
Dalam hati iman tak sanggup lagi melihat generasi yang
meremehkan solat. Cukuplah, Iman tak nak lagi ada orang yang tak solat dalam
rumah tu. Cukuplah segala kerosakan yang sukar untuk diputar. Sisa-sisa
kegagalan yang menyesakkan dada dan kepala untuk berfikir solusinya.
Semoga solusi dan cara datang dari pelbagai arah dan penjuru
untuk dia dan yang lain datang bersama memperbaiki kekurangan dan retak yang
ada… Moga Allah redha~
Comments
Post a Comment