Cahaya kuning memeriahkan kota
Dari atas aku perhati ke bawah
Manusia diluar kaca sibuk dengan tugas
Malam jalan jadi sedikit lengang
Bunyi ambulan tak pernah sunyi walau satu hari
Setiap hari tentu ada jiwa yang hilang
Kematian yang Dia redhalah sebaiknya
Jangan kematian hati yang mematikan tubuh
Dalam dingin malam berdiri diluar jendela
Sedingin hati yang bening
Adakah aku ini terlalu bergantung kepada manusia
Lumrah manusia pasti bersahabat
Setelah lama aku tinggalkan rasa pahit
Kini dia yang datang menyapa
Datangnya tanpa diminta
Sengaja mewarnai hari duka
Aku tolak dia jauh dari hati
Kerana boleh jadi dia buat aku terluka
aku terdengar banyak cerita orang lemah
semuanya kerana kasih tak berpaksikan cinta tuhan
kebencian menggelapkan segala rasa sayang
mungkin aku salah satu mangsanya
mangsa kepada kesakitan yang dihadiahkan dari syaitan
ingin sahaja aku berdoa..
“ ya Allah, jika cinta manusia lebih aku utamakan dari cintaMu
maka jauhkanlah dia dari aku”
Biarkan aku bersedih kerana kehilangan
Itu lebih baik daripada aku jatuh terduduk
Siapa sahaja yang tahu wajah ceria punya banyak luka
Cuma kerana bertopengkan senyuman palsu
Ya Allah jika sayang dia benar
Semata-mata kernaMu..
Kau biarkan dia berada disisiku
Penguat aku dikala aku melemah
Kau hadiahkan dia untukku
Bersama meraih redhaMu
Penggera setia memimpin tanganku
Mengisi hari-hari betapa indah cinta berpaksi dariMu
Agar datang dan pergi dirinya aku redha keranaMu
Namun ya Allah jika cintanya kepadaku
Dan cinta aku kepadanya
Sekadar dunia dan kesenangannya semata
Kerana aku mampu buat dia tersenyum
Apatah lagi tertawa senda
Kau bawalah dia pergi jauh dariku..
Kerna aku perlukan sahabat sampai ke syurga
Bukan sahabat setia yang sering bercanda cerita dunia
Comments
Post a Comment