B#r2#M^g@+ !!!




Sinar  matahari kian terbenam
Ku lihat burung sibuk pulang ke sarang
Ku amati pohon tertunduk layu
Ku dekati lalu ku siram
Dalam diam ku hayati hidup ini
Cerita pohon memberi erti
Beginilah hidup insan di dunia
Sentiasa perlukan air untuk terus segar

Ibarat manusia perlukan iman dan ilmu agar hati terus kuat
Pengisian ilmu setiap hari diperlukan untuk ruh
Agar ruh sentiasa senang berada di jasad
Tidak kira berapa lama umur si jasad
Makanan itu sentiasa diperlukan agar hati itu tenang
Hati yang tenang menenangkan fikiran yang kusut
Situasi apapun tidak gentar malah sabar
Bukan mudah untuk menghasilkan jiwa yang besar
Melainkan sabar sebagai bekalan
Kita disini bukan pengecut dan pemalas
Menangis merintih dihadapanNya
Menadah tangan tanpa usaha

Ayuh ! bangkit meskipun perit yang dirasa
berjihad meskipun di atas meja tulis
Kerana selagi kaki ini jejak di bumi
Tiada kata putus asa !


p/s ; semoga sukses kepada antunna yang sudah dekat examnya, begitu juga akak ana

Comments

  1. doakan ana juga...next week ada kuiz, n 2 test...doakan bersama-sama..moga dpermudahkan segala urusan....

    ReplyDelete
  2. salam

    cahaya syurga; akk xde idea nk tulis tajuk ape..jd tulis je mcm tu (bersemangat !)

    ekada_ika; insyaAllah smoga dpermudahkan sgalanya untukmu

    ReplyDelete

Post a Comment