Sedang berjalan ke pasar citcit teringin makan aiskerim. Namun di kawasan itu susah sekali mahu mencari aiskerim yang tidak di boikot. Stokis HPA juga jauh untuk Citcit mendapatkan aiskerim. Dia menyatakan hasratnya kepada Cutcut, adiknya.
Citcit : Cutcut,aku teringin la nak makan aiskerim.
Cutcut : Aku pun sama, dah lama tak makan aiskerim. Tapi susah la nak cari aiskerim yang tak diboikot kat sini
Citcit : Dekat kawasan sini stokis HPA pun tak ada lagi,macam mana ni aku betul-betul teringin nak makan
Cutcut : Beli jela ada je aiskerim yang tak boikot kat sini. Tanda halal pun ada.
Citcit : Tapi aiskerim yang tak diboikot ni tak sedapkan. Memang la halal tapi dari segi kualiti berbeza sama sekali.
Cutcut : Maksud kau?
Citcit : Jika nak dibandingkan kebersihan kilang aiskerim yang diboikot,dengan kilang aiskerim yang tak diboikot kebersihannya belum tentu terjamin. Bukankah Islam menyuruh kita makan makanan yang halal dan bersih ?
Cutcut : Betul jugak apa kau cakap.
Citcit : Ibu pernah cerita kat aku masa dia melawat kilang aiskerim yang dah beroperasi selama 20 tahun. Jenamanya juga tak berapa ‘femes’. Kilang aiskerim tu memang ada tanda halal tapi tak menjaga dari segi kebersihan. Pemilik kilang tu juga bukan orang Islam, bayangkan kita membeli aiskerim dengan hanya bergantung dengan tanda halal tapi tak bersih.
Cutcut : ish, da banyak dah aku makan aiskerim yang orang jual kat luar sambil bunyikan loceng tu. Patutlah Abah pernah cakap aiskerim tu tak bersih sebab tangan orang yang jual tu pun tak tentu bersih. Yelah,diakan bawak moto mana ada nak basuh-basuh tangan ni.
Citcit : Tahu tak pe. Jadi apa pendapat kau Cutcut?
Cutcut : Tak kisah la beli jela aiskerim boikot tu daripada beli aiskerim yang jenama entah apa.
Citcit : Kau tahu setiap sen yang kau bagi untuk beli aiskerim tu ibarat peluru yang akan menembusi tubuh saudara kita sendiri. Apa kau sanggup buat macam tu pada saudara kita disana? sedang kau sedap-sedap makan aiskerim mereka disana menderita kesakitan.
Cutcut : takmo ! aku sayang mereka kerana Allah, mereka saudara kita mana mungkin aku khianati mereka. Jadi apa penyelesaiannya?
Tiba-tiba kakak Citcit dan Cutcut menyelah.
Kakak : Matikah kita kalau tak makan? Bukankah tu cuma nafsu semata..
Cutcut : Betul tu banyak lagi makanan yang boleh kita makan. Kalau tak makan aiskerim tu boleh je hidup
Ibu kepada Citcit,Cutcut dan Kakak terdengar perbualan anak-anaknya yang rancak berborak. Dengan raut muka yang pelik Ibu terus memotong percakapan anak-anaknya.
Ibu : Kenapa nak makan aiskerim? Kita ni ayam mana ada lidah nak jilat.
Citcit : Haha.. Keinginan yang tinggi untuk makan aiskerim buat kami lupa kami ni ayam. Jom sambung makan jagung dan beras yang tuan kita bagi ni.

hehe.. comel..
ReplyDeletecomel la..at last baru sedar..siapa sebenarnya..adehh..saya tertipu..rupa2nya ayamkah mereka..hiii
ReplyDeletedidit ke tu?hehe...ada org yg bakal taksub dgn HPA x lama lagi~ beware.... hahahahaha
ReplyDeleteayam betul la
ReplyDeletemufidah islami : comel2
ReplyDeleteshymushah : yup anak ayam y cumel
GMS : nk tgu k.shinju blnja eskem HPA xblnja2 pn
kak ayu : yup.ayam ada dmana2..
Salam.
ReplyDeleteWah, tak sangka ana boleh membaca perbualan ayam. huwahhh..
Boleh tambah 1 lagi dlm koleksi. Bahasa melayu, english, france, bahasa ayam. Hehhehehe..
Cumel..
setahu akak name ayam kat umah tu cutat dan cutit kan iza...
ReplyDeletekuikui
salam
ReplyDeleteanalytical blue : kne trima hakikat mreka ni ayam..xpe t kte bukak sek bahasa ayam, k.AB jd pengetua..hehe
kak ain : yeke..mugkin ni ayam kat rumah org len..huhu
ayam ni spesel kan iza? ayam tarbiyah. heh3..
ReplyDeletek.bazlaa yup sgt spesel..tak bisa dpt dmna2 gerai
ReplyDeletehahahaha suka la entri nhe.best ! buat sendiri ke.tertipu den.ingat manusia rupanya ayam.
ReplyDeleteadeq : hehe..original ni
ReplyDeletehahaha.
ReplyDelete