Hamba internet?



internet? Banyak perkara yang kita boleh lakukan hanya dengan menggunakan internet sekarang ini. Pasti merasa pelik sekali jika seseorang itu tidak tahu apa itu internet. Internet ini banyak sekali kebaikan dan keburukannya.

 Memang internet ini adalah salah satu medium dakwah dan ukhwah yang paling baik. Boleh berhubung dengan sesiapa sahaja walaupun dipelusuk dunia dengan hanya menaip sperti YM dan yang paling ‘famous’ facebook.

Seiring dengan kemajuan teknologi sekarang ini, dakwah juga ikut serta dapat dilakukan dimana sahaja walaupun di alam maya. Dakwah terus gencar di alam maya yang membolehkan kita menyampaikan kepada sesiapa sahaja  yang membacanya seperti di blog.

Hamba siapa

Dalam satu hari cuba buat kira - kira berapa kali internet dibuka dan online ? Berapa jam? Atau tidak tutup langsung laptop itu satu hari terbuka begitu. Sepanjang itu apa perkara yang bermanfaat sudah dilakukan? tanpa sadar diri mula mengambil remeh perkara-perkara yang sangat penting.

Apabila masa lapang  al-Quran tidak lagi digunakan untuk memenuhi masa.

Apabila waktu study fikiran tidak lagi fokus kepada buku.

Apabila baca mathurat sambil tangan sibuk menaip.

Apabila asyik tidur lewat sehingga terlepas tahajud.

Yang paling parah. Apabila azan berkumandang kaki tidak lagi seperti biasa melangkah untuk membersihkan diri dan berwuduk. Bermonolog  dalam hati ‘NANTI,SEKEJAP,LIMA MINIT’  sehingga melewat-lewatkan solat itu sendiri.


Bagaimana iman

Hati-hati yang sudah ditarbiyah mula rasa futur. Buat perkara yang melaghakan sehingga mutabaah juga menurun sehingga  memberi bekas dalam hati itu sendiri. 

Result juga menurun kerana tidak fokus ketika belajar. Boleh juga dikatakan ini seperti ghuzwatul fiqr yang telah buat ramai orang-orang diluar itu leka.

tidak salah melayari internet lebih-lebih lagi bertujuan dakwah dan kebaikan. Tetapi priority waktu itu harus diatur dengan sebaiknya. Utamakan perkara yang utama sehingga tidak mengabaikan yang paling utama.

Kesimpulannya

Masa itu hendaklah diatur sebaiknya dengan perkara yang mengisi jiwa dan ruhi agar akhirnya tidak memberi kesan kepada hati. Sekaligus menganggu hubungan dengan Allah,pelajaran terabai,masa terbuang,mutabaah menurun.

Hati itu harus dijaga sebaiknya agar tidak berkarat dengan perkara yang merosakkan hati dan amalan.



p/s: perkongsian dan  peringatan terutamanya untuk  diri sendri


Comments

Post a Comment