SYURGA UNTUK SIAPA



tatkala aku melihat dunia
mulut terpacul mengatakan cantik
bagaimana matahari tak pernah mengeluh
pabila membiarkan dirinya terbakar
bagaimana bulan tak pernah malas
pabila sepatutnya ia waktu malam

aku pandang langit
sekali lagi terpacul
"cantik"

tak mampu bayang
bagaimana syurga?

bumi ini dihuni pendosa seperti aku
dalam satu hari berkali kali berdosa
malaikat tak pernah lelah mencatat
tapi aku masih dengan cara aku

bila manusia lebih memikirkan soal jodoh
sedang amal berciciran bagai abu berterbangan
yang tinggal cuma kantung kosong

angkat kepala wahai hamba
sedarilah diri ini hamba
berapa lama bongkak di atas tanah
berapa lama lagi mahu dikira
sampai bila mahu mewariskan dina
anak kecil tidak tahu apa
sebab itu ramai yang salahkan bapa
kerna semua mulanya dari kita
sampai bila.....

Allah tak kedekut
Allah tak meragut
Allah tak cerewet
dari tangan kosong sungguh kau tadah
Allah malu tak memberimu apa-apa

hakikatnya dunia ini diciptakan untuk pendosa
syurga dicipta untuk orang berdosa

cumanya syurga itu dicipta untuk orang berdosa....
 yang BERTAUBAT



Comments