Hipokrit


Seharian berdoa tanpa putus menghadapNya. Namun apabila jasad lemah itu bersujud hatinya lebih mencintai dunia. Mengakui bahawa diri mencintai Dia dengan sepenuh hati. Mulut hanya berbicara madah sedangkan diri dan hati masih lalai degan urusan dunia. Sehingga diri sering terlupa akan tanggungjawab dia sebagai khalifah di bumi Allah.

Leka berkejaran bahawa bumi yang dipijak ini suatu hari nanti akan lenyap sekelip mata. Orang-orang  yang dia sayangi nanti juga akan pergi tidak tahu bilakah akan berjumpa sehingga suatu hari yang ditetapkan oleh Dia yang menciptakan cinta.

 Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa (43:67)

Diri apakah nantinya kamu akan termasuk antara orang-orang yang bertakwa?

 

Dingin malam tidak seperti biasa


 Apabila malam hari menjelang diri itu bangun berkata untuk mengagungkanNya. Tetapi air mata kering tiada lagi sendu- sedan kerana penyesalan. Tidak seperti saat dia merasakan hati itu berbunga-bunga penuh hamba di hadapan Tuhan. Malah dia menganggap itu sebagai salah satu rutin harian sahaja. Alasannya malu apabila mutabaah diminta tidak sebaik yang disangka.

Takbir diangkat selalu sahaja fikiran melayang memikirkan nikmatnya dunia. Menangisnya hanya sedikit bahkan tertawanya banyak.

Diakah mujahidah yang sanggup syahid?


Lembar surat cinta yang diberikanNya apabila dibaca tiada lagi rasa getar dihati. Inikah petandanya hati ini sudah mati?  Wahai diri kamukah bakal mujahidah hari ini yang sanggup syahid apabila diseru untuk menegakkan amar makruf  mencegah yang mungkar?  sekali lagi aku bertanya kepadamu, kamukah bakal mujahidah yang bakal menegakkan kalimah 'Lailahaillalllah' ?! 

Apabila kemungkaran itu berlaku didepan mata kau tidak bisa merasa benci seperti selalunya kau membenci melihatnya. Diri hanya merasakan itu adalah satu perkara yang biasa tidak perlu untuk diambil peduli. Marahmu kini tidak bertempat. Teguran yang kamu dapat kamu terimanya dengan bagaimana? Rapuhnya langkahmu diri hanya ada ciri-ciri orang yang pengecut.




Wahai diri
Kemanakah hilangnya semangat juangmu
Yang dahulunya sering manjadi api pembakar mungkar
Dimana dirimu yang sentiasa merasa hamba kepadaNya
Sering menangis dalam tangisan malam hari
Bergetar hatinya saat ayat-ayat peringatanNya di baca
Keringkah sudah air mata itu

Ya Allah
Lemahnya langkah hambaMu ini
Insan kerdil tidak punya apa
Sehingga ego bermaharajalela
Ampunkan kami ya Allah yang sering leka
Namun rahmatMu kau buka seluasnya
Sentiasa mengampuni kami sedang kami sentiasa berdosa


"Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (39: 53)

Comments

Post a Comment