Salah ke couple?

Siapa kata couple itu salah? salahkah? tidak salah sebenarnya tetapi selepas nikahlah. Mugkin isu ini selalu sahaja menjadi bualan. Walaupun sudah acap kali dibicarakan masalah ini tetapi masih berlanjutan bagai tiada penghujung. Tujuan saya menulis  perkara ini kerana ingin mengingatkan lagi dan lagi. Biarpun sudah jenuh membaca peringatan yang sama. Walaupun bagai muak, namun diharapkan pembacaan ini diteruskan dan mudah-mudahan sampai kepada insan yang masih belum maklum hal ini. Natijahnya memberi manfaat kepada semua, peringatan bagi yang alpa dan pengetahuan bagi yang mencari ilmu, insya’Allah.

Fitrah

Ingin disayangi dan menyayangi itu fitrah manusiawi. Tidak salah bercinta. Tetapi cinta yang bagaimana? Cinta seorang perempuan terhadap seorang lelaki dan sebaliknya tanpa ikatan yang sah sudah menjadi ‘trend’ masa ini. Lebih-lebih lagi remaja sekolah. Berjalan berdua-duaan, berpegangan tangan , makan suap-suapan. Itukah gelagat antara orang yang halal nikah  dan bukan haram nikahnya. Dimanakah rasa malumu duhai insan?

 Nikmat cinta bersama pasangan bukan ajnabi itukah yang di idam-idamkan? Cinta yang dipenuhi nafsu syahwat semata. Bahkan merasa bangga kerana punya pasangan. Malah amat menduka citakan, mereka memandang kolot kepada insan-insan yang tidak menuruti cara mereka iaitu dengan berpacaran. Tahukah mereka itulah sebenarnya yang kolot, kerana tidak memahami syariat Islam sendiri. Tidak memahami percintaan dalam Islam. Islam mengajarkan, No Love until Akad!



Persekitaran

Sekolah yang merupakan medan ilmu menjadi salah satu tempat untuk bermadu kasih. Setiap hari ditingkat bangunan apabila kepala didongak kelihatan begitu ramai pelajar-pelajar sedang hangat berkasih-kasihan. Guru-guru yang melihat hanya memandang remeh. Bahkan seperti menyokong apabila sesi pembelajaran sedang dijalankan antara topik couple dan gosip panas menjadi pilihan agar pelajar tidak ngantuk dalam kelas. Inikah yang sering disebut ‘terapi’? sebenarnya mereka telah memberi terapi kepada nafsu untuk menjadi lebih buas.

Ibu bapa yang kurang perihatin pula, menggalakkan anak-anak mereka bergaul antara lelaki dengan perempuan dengan bebas tanpa batas. Merelakan anak mereka keluar berdua-duaan walaupun dalam pengetahuan mereka. Jadi mereka yang dah terbiasa dididik dengan suasana sebegini menganggap perkara ini tidak salah, asalkan pandai menjaga diri. Benarkah? Salah atau tidak bukanlah menurut kotak fikir sendiri duhai insan, tapi melalui titah-Nya yang menciptakan kita semua. Fahamilah!

”Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”. (QS. At Tahrim 66:6)


Cinta kamu untuk siapa?

Apabila putus hubungan, mereka yang sudah terbiasa dengan couple akan mencari pasangan baru. Dengan mengatakan dia tidak boleh hidup sendiri tanpa pasangan kerana tidak cukup kasih sayang katanya. Bagi perempuan, kerana sayang kau serah segalanya? Mana harga dirimu? Merelakan tangan itu disentuh.

“Jika sentuh khinzir atau anjing, wajib disamak tapi dosa sentuh itu bagaimana cara sucinya? Jadi boleh disifatkan sentuhan itu lebih buruk daripada menyentuh anjing dan khinzir. “

Semurah itukah harga dirimu? Semurah itukah maruah perempuan? Tidak kasihankah kepada bakal suamimu kerana tidak mengecapi nikmat memilikimu sepenuhnya kerana dirimu telahpun dimiliki orang lain sebelumnya. Sedangkan cinta zaman remaja ini hanyalah cinta monyet. Cinta fatamorgana yang mengasyikkan namun penuh helah yang menipu pandangan lahiriah manusiawi. Walaupun tidak semua yang begitu, tetapi jumlahnya sangatlah sedikit. Cinta umpama itu belum tentu menjanjikan kebahagiaan sebenar. Percayalah

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur)


 


Zina itu banyak jenis

Memang kamu itu tidak melakukan zina tetapi kamu mendekati zina itu sendiri. Memang kamu kata kamu tidak buat apa-apa tapi mana buktinya?

Zina mata- merenung wajah pasangannya begitu juga melihat aurat perempuan

Zina telinga- apabila sudah bercinta pastinya telefon bimbit akan digunakan untuk menelefon si dia. Dengan suara manja dan madah bicara yang mencairkan hati pasangan.

Zina hati- apabila sudah bercinta pasti hati berbunga-bunga. Rasa rindu dan sayang terhadap pasangan. ‘Lautan api pun sanggup direnangi’

Zina mata- apakah yang dinamakan ber’couple’ kalau tidak berjumpa. Pastinya sama-sama akan mengambil langkah untuk untuk berjumpa berdua-duaan bersama.

Zina tangan- sudah berjumpa berjalan bersama juga berpegangan tangan barulah romantik

Zina kaki- kaki yang melangkah ke tempat untuk ber’dating‘ bersama iaitu mendekati maksiat itu sendiri.

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)

Dalam al-Quran sendiri mengatakan jangan mendekati zina apatah lagi bagi yang melakukannya. Mari sama-sama berfikir. Dimana letaknya redha Allah kalau kita sendiri yang sengaja mendatangkan murkaNya.

Konsep doa yang salah

Sebagai contoh; Setiap hari berdoa agar si dia itu menjadi pasangannya. Berdoa supaya hubungan dengan teman wanitanya berpanjangan. Seperti dia berdoa supaya perempuan itu akan jadi teman wanitanya dan bukan sebagai isteri yang sah. Berdoa supaya dia dapat si dia. Tidak salah, berdoa itu memang Allah galakkan kerana berdoa itu senjata orang Islam itu sendiri. Tetapi berdoa seperti itu sama seperti mengundang bencana untuk diri sendiri. Walaupun kamu sudah mendapatkan si dia, sedangkan diri bergelumang dengan maksiat. Nauzubilllah ..



Pengakhiran yang membinasakan

Salah satu pengakhiran pergaulan bebas dan bercouple adalah kepada berzina. Ramai anak luar nikah yang dilahirkan. Bayangkan purata dalam sebulan sahaja anak luar nikah dilahirkan seramai  2,500 orang. Kerajaan pula mengambil langkah untuk menubuhkan sekolah  khas untuk  pelajar hamil baru-baru ini di Melaka kerana terlalu ramai pelajar yang hamil. Usaha itu memang seharusnya dipuji. Sekaligus dapat mengurangkan pembuangan anak di merata-rata tempat. Tapi  adakah ini menyelesaikan masalah?

Bagi mereka yang tidak punya rasa belas kasihan bayi yang dihasilkan dari perbuatan sumbang sendiri menjadi mangsa kerana tidak mahu menanggung malu. Sekarang ini manusia juga sudah tidak punya rasa sayang dan perikemanusiaan ,bahkan menjadi sangat kejam!

“Tiga golongan manusia yang sangat dimurkai Allah iaitu yang cenderung kepada perkara yang haram, orang yang mengikut perbuatan jahilliyah dan orang membunuh orang lain tanpa hak” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)..

Kesimpulannya

 
sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah


Apakah tidak cukup kasih sayang yang Allah beri kepada kita. Jangan bertanya mengapa hati kita sering merasa sepi dan tidak tenang ketika berdiri solat menghadap-Nya. Doa sering saja seperti tidak termakbul. Maka cek bagaimana hubungan kita dengan Allah.
Ayuh kembali semula kepada Dia yang menciptakan cinta. Sungguh Allah itu maha pengampuan.

 Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.

p/s; Redhakah Allah dengan ber’couple’?
p/s2: jzkk kepada yang sama-sama menjayakan post ini

Comments

  1. nak couple ngan iza.. haha

    ReplyDelete
  2. salam

    cik anon;sila dtg ke rumah ana

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. nak kapel ngan iza jugak la....hihihihi

    ReplyDelete
  5. dr.mujahidah; ana da tahu spe anon tu..tubet kunk.

    ekada_ika; silalah dtg ke rumah ana..jgn lpe kete trbang

    ReplyDelete

Post a Comment