Bilakah?



Berjalan seorang diri
Menanti adakah yang akan temani
Membawa diri keluar dari kegelapan hari
Tampak cahaya tetapi kau abaikan pergi
Membiarkan dingin tubuh kecil ini

Umpama akar meninggalkan pohon
Tidak kuat berdiri sendirian
Merentas hari bersama hujan
Gagahkan diri untuk bertahan
Ditinggalkan sedang diri membutuhkan

Mengapa bila ku rapuh
Dirimu selalu sahaja menjauh
Semangat rindukan cahaya kau biarkan patah
 Langkahku  gontai kau tahu hatiku tiada beralah
Biarpun merangkak sedang hati bersyahadah

Bila pintu mula terbuka
Langkah diayun mengejar warna
Namun tiba menjadi kebas dirampas duka
Datang meragut pabila saat itu tiba
Terduduk bagai insan tidak punya rasa

Kaki kini terjerat dalam samar berduri
Menunggu srikandi penyelamat hati
Datang memapah dari kesakitan seorang diri
Merawat noda yang bertahun berkumpul disini
Apakah wujud dirinya atau sekadar fantasi?

p/s : aku inginkan sahabat seperjalanan yang membimbingku selama aku hidup~ 

Comments

  1. macam utk akak je puisi ni.. huaaa... maafkan akak

    ReplyDelete
  2. assalam..nanti akan hantar muhammad naufal temankan iza eh..hehe

    ReplyDelete
  3. salam

    kak ayu ; klu kamu rse itu kamu~

    kak ain ; bakal mnjd pgasuh? meh amma iza jaga

    ReplyDelete
  4. Ukhti..

    walau mungkin bayangannya sekadar seri,
    atau wujudnya sekadar fantasi,
    tetaplah terus bangkit dan berlari,
    kerana Allah pasti sentiasa di sisi.

    ^_^

    ReplyDelete
  5. analyyical_blue ; jzkk ats kata smgtnya ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment