Lis~




Lis seorang pelajar  tingkatan empat,tahun hadapan dia bakal menghadapi SPM. Lis hanya bersekolah di sekolah harian biasa. Dia seorang yang pendiam dan serius,berbeza sekali dengan perwatakanya dirumah. Susah untuk tersenyum terutama kepada rakan-rakan lelaki. Tetapi agak mesra dengan rakan-rakan perempuannya yang lain. Disekolah Lis sering sendiri. Tidak punya teman baik dan dia bebas kemana sahaja dengan siapa yang dia mahu.

Pagi itu kaki Lis melangkah dihadapan pintu pagar sekolah, dalam fikirannya dapat membayangkan gelagat pelajar sekolah setiap pagi. Setiap hari berjalan dikoridor yang sama,apabila kepala didongakkan terdapat ramai pasangan lelaki dan perempuan yang tiada langsung pertalian darah berdua-duaan di tingkat-tingkat bangunan. Kedudukan mereka rapat,dan saling berpegangan tangan. Setiap hari matanya terpaksa menahan sakit melihat keadaan sekolah yang menyesakkan. Padahal keseluruhan pelajarnya adalah pelajar Islam cuma terdapat dua orang sahaja yang beragama selain itu. Langkah diteruskan untuk menuju ke kelasnya yang berada ditingkat tiga. Kini matanya terpaku melihat gelagat rakannya berduaan dengan seorang lelaki sebaya. Matanya merenung tajam pasangan tersebut lantas teringat akan kata-kata rakannya semalam ‘yela-yela aku tak buat lagi’. Senyuman sinis berbaur kesal diberi kerana mempercayai kata-kata dia semalam. Mereka kelihatan tidak selesa dengan kelakuan Lis.

                Selesai perhimpuanan,kesemua pelajar masuk ke kelas masing-masing. Sesi pembelajaran bermula. Sehingga tiba waktu rehat semua pelajar turun ke kantin untuk mengisi perut yang lapar. Selepas itu, sesi pembelajaran bermula dengan perbincangan  latihan yang telah diberikan oleh cikgu kelmarin. Pertengahan sesi perbincangan kelihatan pelajar begitu mengantuk. Mungkin kerana selepas waktu rehat mereka menjadi mengantuk. Melihat keadaan pelajarnya yang mengantuk, gosip panas tiba-tiba menjadi perbualan antara guru dan rakan-rakan yang semakin hangat. Mata yang tadinya kelihatan mengantuk terus menjadi segar apabila perbualan itu dimulakan. Lis menundukkan kepala menahan marah. Oleh kerana kelakuannya yang sering diam dia tidak kuat untuk bersuara. Sambil hatinya merintih pedih ‘ ya Allah hari ini aku ke sekolah,apakah nantinya bila aku pulang hanya membawa tangan kosong dan hati yang penuh karat? ’. Oleh sebab tidak kuat untuk mendengar Lis tertidur di atas mejanya tanpa mengendahkan guru dan  rakan-rakannya.

*******************************

Sesi persekolahan tamat.Balik sahaja dari sekolah dia menangis menelefon kakaknya. Sambil air mata mengalir Lis mengatakan bahawa dia tidak mahu bersekolah disini. Sambil menenangkan Lis, kakak Lis memberi cadangan dengan mengedarkan risalah untuk mereka kerana Lis menghadapi masalah untuk berkata-kata. Isu-isu yang berkaitan dengan situasi ini diedarkan kepada rakan sekelasnya dan beberapa kelas lain. Ternyata risalah-risalah tersebut mendapat sambutan dari rakan-rakannya. Lis berasa senang apatah lagi risalahnya itu turut diminta oleh guru Sejarah untuk sama-sama mengedarkan. Walaupun mendapat sambutan namun sekejap sahaja perubahnya dan petangnya masih seperti sebelumnya bahkan ada yang cuba memperli Lis dengan kelakuan yang ditunjukkan. Lis berasa sedikit lega kerana dia sudah menyampaikan apa yang sepatutnya dia sampaikan.

*******************************

Suatu hari Lis merasakan ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Sedang Lis baring sendirian di bilik tidur dia diganggu oleh satu suara yang membisik ke telinganya. Bisikan tersebut terus menghantui Lis selama dua minggu. Mengajukan soalan yang tidak sama sekali difikir datang bertubi-tubi  ‘kau tahu siapa tuhan kau? Betul ke Dia tu tuhan kau? Kenapa kau tak boleh lihat tuhan kau sendiri? tuhan kau tu wujud ke? Kau tak terfikir ke sebenarnya ada agama lain yang sememangnya benar dari agama ni?’. Soalan itu datang tanpa dipinta walhal Lis yakin bahawa  jalan dia lalui sekarang adalah agama yang paling lurus dan benar. Kadang-kadang Lis ketawa sambil menangis ,bermonolog dengan diri ‘ bodohnya aku kalau aku ikut cakap dia yang entah siapa ni’. 

Pelajaran Lis terabai selama dua minggu,wajahnya mulai muram dan semakin tidak banyak bicara. Sepanjang hari dia hanya bermenung seorang diri. Makan juga semakin berkurang. Dalam satu hari banyak sekali dia menangis ,tidur juga lewat malam. Lis merasakan bahawa dirinya kurang waras. Kerja  rumah yang diberi guru juga ada yang tidak disiapkan bahkan kerana itu dia sering dihukum oleh guru. Ibu turut menyedari perubahan raut wajah Lis tidak ceria. Ibu sering bertanya adakah Lis dalam keadaan baik-baik sahaja dan menawarkan diri jika punya masalah untuk dikongsi. Lis hanya menjawab dengan senyuman dan gelengan kepala sahaja. Kali ini Lis tidak menelefon kakaknya untuk berkongsi rasa seperti biasa. Padanya tiada siapa yang boleh menolong dirinya melainkan Rabb yang Maha Tahu segala rasa yang dia tanggung saat itu. Apa yang dia mampu hanya dengan bangun ditengah malam saat semua insan dibuai mimpi. Jiwa dan    batinnya merintih derita bersujud dihadapan tuhan dengan harapan Dia menyingkirkan semua bisikan itu dari hidupnya. Setelah dua minggu bisikan itu langsung hilang.

                Keadaan Lis beransur pulih, namun disebabkan tumpuannya hilang selama minggu yang sukar Lis ketinggalan banyak pelajaran. Sedang dia harus mengulangkaji sepuluh mata pelajaran selama dia ditinggalkan. Keputusan peperiksaannya semakin menurun dan menurun tidak seperti sebelumnya. Walhal tahun hadapannya Lis ada peperiksaan besar. Semoga Lis berjaya dalam setiap langkahnya dan menjadi insan yang  sukses dalam hidupnya di dunia dan diakhirat. Doakan Lis~



p/s: tidak ada kena mengena dengan penulis

Comments

  1. mungkin lis hampir2 nak kene skizofrenia....Alhamdulilah lis ngadu pada Allah..

    ReplyDelete
  2. haha.. ape la kak ain ni..
    mungkin bipolar disorder kot..
    chewah.. sambung la lagi citer ni..

    ReplyDelete
  3. salam

    k.ain ; entah la..hehe

    k.ayu ; xtfikir lgsung nk smbung crita ni..nnt try cari idea k

    ReplyDelete
  4. ha ah, iza sambungla citer tuh..boleh wat cerpen masuk dalam majalah sinergy..cayok iza!

    ReplyDelete
  5. kak ain ; ayatnya pn x brapa btul nk msuk mjalah,,hehe..ckup la jd pmbc setia sinergi. tgk la nnt nk smbung ke x..xsabar nak g perak~

    ReplyDelete
  6. selamat berdaurah iza!! wah macam penah dengar citer ni...dan mcm penah baca situasinya dlm sinergi..sinergi 1 kalau x silap. tulisan kak ayu.. bez la iza..sambung3...

    ReplyDelete

Post a Comment