Ada apa dengan IMiC ( Intellect Muslim inCamp)



 

Alhamdulillah program Intellect Muslim inCamp telah pun berjaya diadakan pada 9 April 2011 yang lepas. Kem ini diadakan selama satu hari disamping mengisi waktu hujung minggu dengan perkara yang bermanfaat. Fasilitator-fasilitatornya adalah terdiri daripada mahasiswi daripada pelbagai universiti. Meskipun mereka tidak cukup tidur namun wajah-wajah fasi tetap ceria buatkan kami turut ceria.

Antara perkara yang mahu dikongsikan :

Persediaan untuk ke suasana baru

Susana berada dalam dunia persekolahan berbeza sekali dengan dunia dalam kampus yang bakal di jejaki nanti. Terkadang diri akan didakwahi dengan perkara yang tidak sihat untuk iman.Persediaan iman haruslah mantap sebelum melangkah ke dunia kampus. Pelbagai cabaran dan halangan yang bakal dihadapi,iman sahaja yang menjadi penolong dan pembimbing supaya tidak futur apabila berada disituasi dan persekitarannya yang tidak terkawal.

Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya (91:9,10)

Sekali kita sudah dapat nikmat manisnya iman dan tarbiyah itu jangan sesekali tinggalkannya pergi. Semoga tidak menjadi antara orang-orang yang rugi.

Perbaiki diri dahulu

Sebelum perbaiki diri orang lain kita hendaklah memperbaiki diri kita sendiri. Apa yang disampaikan hendaklah seiring dengan apa yang diri lakukan. Barulah orang-orang mudah tsiqoh(percaya)dengan apa yang cuba kita sampaikan.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak mahu kerjakan? (61:2) Sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan yang tidak kamu kerjakan. (61:3)

La tahzan wa la takhof innallaha maa’na

Dalam mengajak orang yang terdekat ke arah kebaikan seperti keluarga,saudara mara dan rakan-rakan merupakan proses yang akan mengambil masa. Namun dalam menasihati untuk merubah kearah yang lebih baik banyak tentangan yang akan dihadapi.

Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, ”sungguh aku termasuk orang-orang muslim(yang berserah diri)” (41:33)


Risikonya mungkin akan dituduh dengan bermacam-macam tuduhan yang kita sendiri tidak senang. Mungkin lelah atau kecewa yang kita rasa tetapi rasa tanggungjawab dan sayang tidak akan menjadi penghalang untuk terus berada dalam jalan ini. Mungkin juga diancam dan mendapat tekanan atau sebagainya. Perkara utama yang penting adalah keyakinan yang teguh bahawa Allah sentiasa menyertai orang-orang yang benar.


Orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepadaNya dan tidak merasa takut kepada sesiapa pun selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan. (33:39)

Jika mahu dibandingkan dengan pengorbanan kita pada hari ini hanyalah kecil berbanding pengorbanan Rasulullah dan para sahabat. Dugaannya lebih besar dan mencabar. Oleh sebab rasa kasih dan cinta terhadap orang disekeliling mereka tidak putus-putus mengajak kepada kesejahteraan dan keamanan.

Dan katakanlah, “ Bekerjalah  kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin,dan kamu akan dikembalikan  kepada Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata,lalu diberitakanNya kepada kamu. (9:105)

Konsep MLM

Ada hadis yang mengatakan bahawa : Timbangan iman Abu Bakar jika dibandingkan dengan sekalian orang mukmin yang soleh tidak akan dapat menandingi iman Abu Bakar.

Hal ini kerana Saidina Abu Bakar adalah antara orang yang awal sekali memeluk Islam setelah didakwahi oleh Rasulullah. Beliau juga telah menyebarkan kepada 5  dari 10 orang sahabat yang dijamin masuk syurga.  Salah satu sebab mengapa begitu tinggi sekali taraf iman Saidina Abu Bakar adalah kerana menyampaikan apa yang telah di dapatinya dari Rasulullah meskipun sedikit.

Apabila dia menyampaikan dakwah, maka sahabat yang didakwahinya juga masukk islam dan mereka juga berbuat seperti mana Abu Bakar. Pahala yang berlipat kali ganda telah diperolehi oleh Abu Bakar sendiri tanpa dia sedar sehingga selepas kematiannya.

Inilah, konsep MLM yang ingin diperkenalkan kepada kita dan yang sepatutnya dikejari ramai.

Saya sayang awak kerana Allah

Permainan yang dibuat mengeratkan lagi ukhwah tidak mengira umur,berat dan ketinggian.  Ukhwah atas dasar iman itulah yang cuba untuk disampaikan dalam permainan tersebut. Kerjasama dan  kebersamaan menyumbang idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah bersama. Dalam apa jua keadaan ingatlah kita tidak sendiri kerana kita punya sahabat-sahabat yang sentiasa ada untuk membantu kita.

Sesungguhnya orang  mukmin itu bersaudara,kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwala kepada Allah agar kamu mendapat rahmat. (49:10)



p/s : semoga kita menjadi antara penolong-penolong agama Allah

Comments

  1. jelesnya... nak itot

    ReplyDelete
  2. salam..

    akak :da lepas la,,

    haslina : 9 april..silap pla.hehe..tmecih2

    ReplyDelete
  3. salam..
    best2..
    sepertimana y tertulis di blog
    seperti itulah y diceritakan di mulut..
    huhu..

    ReplyDelete
  4. salam..

    mufidah islam : mesti la sama..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment