Buat kamu yang bernama HATI



Cerita semalam berbuah luka
Bintik yang sudah lama menebal turut buat hati kebal
Keras dan penuh dengan rekah
Sarat dengan duka
Bahangnya sudah cukup membakar hati
Debu-debunya bertaburan diserata tempat

Bersandar termenung sendiri
Jalan ini mengajar kita untuk memaafkan
Sentiasa berlapang dada dan berkasih sayang keranaNya
Sejuknya bisa melembutkan dan menutupi rekah-rekah yang  rapuh
Memulihkan diri dengan sentiasa berusaha agar tidak menjauh

Ayuh hati pulihlah
Meskipun kau sedang merangkak menyempurnakan syahadah
Walaupun meniti linangan air mata dalam perjalanan
Kau yang dahulunya gersang
Tidak disapa kalam,di didik hati agar mencintaNya
Jahilnya diri pergi jauh dari tujuan kau diciptakan

Wahai hati sampaikan gerakmu kepada kaki
Supaya apabila dia melangkah,dia merasakan dirinya 
hamba tidak punya apa
Sampaikan juga kepada tanganmu
Supaya apabila dia mengangkat tangannya,dia mengangkat  penuh dengan pegharapan dan penyesalan
Hati, begitu dengan matamu
Supaya apabila dia merintih, dia merintih mengenang kesalahan-kesalahannya
dan jangan kau pernah telupa kepada mulut dan lidahmu
Supaya apabila dia menutur, 
dia tidak lupa untuk menjaga dirinya dari percakapan yang sia-sia

Bahkan kepada dirimu sendiri duhai hati
Agar kamu selalu ingat hanya kerana redhaNya kau memulih
Jagalah dirimu dari perkara yang bisa buatmu selalu sakit
Jaga kesihatanmu itu sangat penting
Kerana kamu adalah akar kepada  anggotamu
Jika kamu sakit maka sakitlah seluruhnya


p/s : tujukan kepada semua hati

 "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

Comments

  1. SubhanAllah... moga bukan hanya puisi biasa, bukan hanya lakaran d maya semata...

    ReplyDelete

Post a Comment