Kura-kura dalam perahu

 


Kaki melangkah ke ruang tamu melihat ahli keluarga berkumpul mesra menonton televisyen bersama. Tidak dinafikan filem-filem sekarang yang ditayangkan  tidak kurang juga banyak sumber nasihat dan bermanfaat. Tetapi sedarkah keburukannya lebih bayak dari pengajaran yang sebenarnya ingin disampaikan? memang nasihat-nasihat dan pengajaran disebalik cerita tersebut amat berguna untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Berfikir sejenak…

……

…..

…..


Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu. (47: 36)

Dalam sebuah filem yang ditayangkan seseorang itu dikehendaki melakonkan watak baik dan bertudung. Cerita itu menerangkan supaya sebagai seorang perempuan dia hendaklah menjaga dirinya. Tidak seronoklah cerita jika tidak ada orang jahatkan. Tiba-tiba datanglah seorang lelaki cuba untuk menganggu si perempuan. Menyentuh badan si perempuan,si lelaki dan si perempuan bergelut pula konon-kononnya si perempuan ingin melepaskan diri. Dengan aurat yang terbuka dan menampakkan bentuk badan.Walhal jika didunia yang sebenar dia sudah pun melanggar syariat. Mahu buat filem yang memberi kesedaran dan menyelitkan keagamaan tetapi pada masa yang sama melanggar batas-batas syariat yang telah digariskan .


Dalam dunia lakonan si pelakon seharusnya menghayati dan menjiwai setiap watak yang dipegang. Jika wataknya dikehendaki menangis,si pelakon dengan penuh perasaan akan menjiwai dan menangis seperti apa yang dikehendaki.


Sebagai contoh dalam cerita tersebut dia bertaubat atas dosa yang dia lakukan. Dia mula menutup aurat, menjaga diri dan tidak mengulangi dosa-dosanya lagi. Memang sedih menyayat hati sehingga menitiskan air mata penonton-penonton yang menontonnya. Anak-anak kecil yang menonton bersama juga mula merasa bahawa dengan berbuat demikian itu adalah suatu perkara yang salah dan membawa murkaNya.


Namun apabila siaran di alihkan si pelakon yang berlakonnya tadi membawa watak lain yang berlainan sekali dengan watak filem yang baru dilihat tadinya. Kadang-kadang menyebabkan si anak-anak keliru, ‘ ibu kenapa tadi dia jadi baik,lepastu dia jadi jahat pulak?’ anak-anak kecil memang suka meniru,pelakon itu sendiri dijadikan contoh supaya dia berbuat baik. Pelakon yang tadinya dia contohi tiba-tiba jadi lain pula wataknya berbeza sekali dengan watak sebelumnya, ‘ibu,kenapa dia tak pakai tudung pulak? adik confuselah ibu tudung ni kena pakai ke tak ni sebenonya?suke-suke boleh pakai kalau tak nak, tak payah la eh?’


Adakah ini yang dikatakan watak yang benar-benar dijiwai dan memberi kesan kepada si pelakon dan penonton????



 Bila perempuan dan lelaki ajnabi berdua-duaan tidak dianggap pelik. Contoh terdekat lihat sahaja di televisyen si lelaki tanpa segan silu berpegang tangan. Meskipun dalam cerita itu dia berlakon sebagai suami isteri namun situasi tersebut tidak pernah menghalalkan pasangan tersebut. Mengapa harus susah-susah mencari pasangan berduaan berpegangan ditempat gelap sedangkan di tempat terang ramai lagi yang tidak tertangkap.

p/s: Bila diajak pergi ke masjid dianggap pelik

        Bila membaca Quran di tempat awam dianggap pelik

        Bila memakai tudung labuh dianggap pelik

        Bila kutip sampah masukkan dalam tong sampah dianggap pelik

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145] 



Comments