Para pencari cintaMu





cuti yang panjang

Selepas tamat alam persekolahan masing-masing pasti akan menganggur tdak punya kerja. Bagi mereka yang mahu mencari pengalaman dan pendapatan tambahan untuk mengisi waktu cuti panjang akan mencari pekerjaan yang sesuai dengan kemampuan.


Namun jangan dilepaskan peluang untuk menyertai mana-mana program yang boleh menaikkan iman kita. Lebih-lebih lagi pada cuti yang tentunya panjang dirumah. Pelbagai ujian yang harus dihadapi terutama sekali televisyen,playstation dan radio. Sambil menunggu panggilan daripada kolej mahupun IPT, kebanyakan surat yang tiba di rumah adalah daripada swasta. 


Tertipu dan ditipu


Ada diantara surat yang diterima menawarkan temuduga untuk ke IPTA dan IPTS.  Mereka yang sudah bersedia dari segi semua persiapan dan datang dari jauh dengan harapan berpeluang untuk temuduga ke IPTA merasakan perjalanan ke sana hanya membuang masa dan duit. Kolej yang ditawarkan pula hanya sedikit sahaja. 


Malah sedikit pun mengenai kerajaan tidak disentuh. Apa yang tertulis di surat tidak menepati dengan apa yang disampaikan disana. Jadi sebagai langkah berwaspada haruslah menelefon nombor yang tertera untuk mendapatkan maklumat yang betul supaya merasa diri tidak tertipu.



Apa yang kita cari


Tidak kisahlah dimanapun kita ingin melanjutkan pelajaran, carilah tempat dimana kita tidak akan jauh daripada tarbiyah. Ketika borang-borang untuk ke IPTA/IPTS mahupun kolej diisi, perancangan awal haruslah dibuat dengan lebih teratur. Iaitu bilamana memilih tempat-tempat yang mempunyai tarbiyah itu sendiri. Agar apabila kaki berpijak ke dunia baru nantinya hati dan langkah tidak goyah dengan suasana baru yang berbeza sekali dengan dunia persekolahan. Pada masa ini kita memerlukan mereka yang sering mengingatkan supaya tidak terbuai dengan nafsu yang sering mendorong ke arah kerosakan. 


Kerana kita pencari cintaNya


Mesti kita tertanya mengapa mesti memilih tempat yang mempunyai tarbiyah itu sendiri. Iman itu ada menaik dan menurun. Andaikan ketika iman menurun dan disaat itu tidak mempunyai sahabat disisi untuk saling mengingatkan dan menguatkan. Memang  boleh berhubung dengan  bermeseg dan menelefon. Tetapi sampai bilakah kita boleh bertahan dengan situasi tersebut?


Setiap hujung minggu tentunya memerlukan pengisian rohani supaya jiwa itu tidak haus. Jika jarak untuk ke tempat yang mempunyai tarbiyah itu sendiri jauh tentunya pelbagai kekangan yang berlaku. Mungkin sahaja tidak mempunyai wang mencukupi untuk kesana.





pilihlah yang terbaik




Jika ditakdirkan mendapat tempat yang jauh dari tarbiyah jangan merasa sedih dan lemah. Sentiasalah berhubung dengan mereka yang boleh mengingatkan kita. Mungkin boleh mendapat pengisian melalui online,telefon atau berjumpa dua minggu sekali. Kuatkan hati kerana kita tidak sendiri

berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui (9:41)



Matlamat



 Mencari tempat yang dekat dengan tarbiyah itu sendiri memudahkan diri untuk selalu konsisten hadir ke program yang diadakan. Disamping mudah untuk berurusan,  diri lebih terjaga daripada perkara-perkara yang tidak sihat. Sahabat-sahabat sehati juga sentiasa bersama untuk saling mengingatkan dan menasihatkan.


Agar nantinya apabila kita keluar kita akan bertebaran diserata tempat dimana akan memenuhi tempat-tempat yang dahulunya kita bimbang untuk pergi. Nantinya tiada lagi rasa bimbang dalam diri mereka yang pada masa itu kerana tarbiyah itu ada dimana-mana.


p/s : ya Allah tempatkan kami disana kerana kami para pencari cintaMu
p/s2 : sanah helwa jasad, juga selamat mendekati kematian buat diri

Comments

Post a Comment