Salam buat ibu



Selama berada dirumah tentunya kita akan disekat dengan pelbagai dugaan untuk hadir ke program. Mahu datang halaqah juga tidak konsisten. Jiwa menjadi futur dengan tiada pengisian. Hati juga menjadi resah tidak tentu arah. Ya,banyak pengisian yang ada dimasjid yang berdekatan tetapi kita merasa seperti tidak mempunyai ruh ketika menghadiri majlis tersebut.

 Perkara yang hanya dibincangkan seperti mengikut musim bukan mengikut musim hati. Bilamana diri tahu tujuan dia dijadikan adalah untuk beribadat kepadaNya, tetapi tidak tahu bagaimana untuk meraih redhaNya. Adakah cuma berkurung dirumah beribadat tanpa mengambil tahu perihal masyarakat? Keluar hanya ke pasar untuk mengisi perut yang lapar?



Ibu, aku tahu ibu lelah



Bilamana ibu melihat anaknya keluar kesana kemari dan berhabis duit ke program tentunya ibu menjadi pelik. Duit yang ditabung dengan mengikat perut  dari awal tahun habis begitu sahaja. Dalam hati ibu anaknya itu membuang duit sahaja meskipun ibu itu tahu program sebegitu yang mengisi jiwa dan mengubah perilaku anaknya. Terkadang ibu merungut seperti anaknya tidak menghargai nilai wang itu sendiri.

Sebenarnya ibu apalah nilainya wang ringgit itu dengan berubahnya kami menjadi seorang yang mula mendengar kata dan tidak lagi meninggikan suara kepada ibu? Tidak merungut dan tidak membantah lagi cakap ibu? Kami mula berdiri solat bersama di setiap masuk waktu solat? menjadi loceng subuh agar tidak terlambat subuhnya? Mula menolong ibu melakukan kerja-kerja rumah?


Aku tahu, ibu cuma risau


Bilamana keputusan peperiksaan kami menurun bukan kerana kami disibukkan dengan program ke sana ke mari. Kami yakin itu cuma dugaan buat kami meskipun kami telah bersungguh-sungguh membuatnya kerana kami pasti ada hikmah disebaliknya. Bahkan dengan menghadirinya menyedarkan kami untuk apa kami belajar. Kami sesekali tidak pernah putus asa untuk itu.

 Sekarang kami juga menjadi ibu kepada anak kami sepertimana ibu menjadi ibu kepada kami.Kami tahu ibu risau bilamana kami punya keluarga tetapi setiap hujung minggu kami keluar untuk mengisi  jiwa. Ibu jangan risau kami bukan mahu menjadi isteri yang derhaka. Bukan juga mengabaikan keluarga tetapi mahu melahirkan generasi yang bakal mengubah dunia dan hebat jiwanya.

Kami juga tahu ibu risau apabila melihat anaknya yang sentiasa dirumah kini keluar dengan mereka yang lebih tua darinya. Ibu, adakah perilaku mereka menjengkelkanmu? dalam diam kami tahu ibu sangat senang dengan kehadiran mereka. Mengapa ibu menafikan perasaan senang itu dan masih lagi tidak percayakan kami. Kami tahu ibu bimbang akan keselamatan kami , percayalah ibu tahu mereka baik orangnya.



Aku juga tahu ,ibu takut



Kami tahu Ibu takut jika kami tersesat dan tersalah memilih jalan. Ibu, adakah kami kelihatan seperti tersesat dengan mengamalkan sunnah Rasulullah? Rumah ibu kini berkumandang dengan suara anak ibu yang membaca surat cintaNya?  Ibu, sesatkah kami kerana perilaku kami tidak lagi buruk seperti dahulu? Adakah itu nampak janggal ibu? Sedang kami melihat ibu tersenyum bahagia melihat kami.



Bukan niatku



Mungkin ibu merasa terluka. Percayalah itu bukanlah niat kami. Kami tahu ibu rimas dengan rengekan  yang memujuk tetapi itu sahaja satu-satunya jalan untuk kami keluar memperbaiki diri. Meskipun ibu lihat kami degil dalam diam. Berkatalah apa sahaja kami tetap  tidak akan berhenti meskipun kelihatan kami seperti tidak pandai membela diri dengan hanya tertunduk di hadapan ibu.



" p/s : dahulunya aku datang sebagai jiwa yang sakit, dan ingin kembali merawat jiwa-jiwa yang sakit.

Comments

  1. Allahuakbar.. semoga ibu tahu, kami adalah pejuang yang siap sedia mati syahid.. amin

    ReplyDelete
  2. salam. salam mujahadah buat anak2 ibu.....

    ReplyDelete
  3. insyaAllah, smoga ibu ana pun faham jg :)

    ReplyDelete
  4. dr.mujahidah : amin.semoga ibu tahu..insyaAllah

    mufidah islami : salam..jzkk ibu =)

    quester : amin ~ insyaAllah.mudah2an.

    ReplyDelete
  5. ibu akan tahu bila mana nanti anak yang dianggapnya tidak mendgr kata dn sering meresahkan jiwanyanya inilah yg akan menariknya ke syurga...tatkala itu, ibu akan tahu. :)

    ReplyDelete
  6. anon : amin2,,ya smoga suatu hari ibu akan tahu

    ReplyDelete

Post a Comment