Menang atau kalah





Bumi seakan menarik kita
Seringkali terlupa dan terleka
Dek kerana kerja-kerja yang menyesakkan
Kita tidak punya banyak masa
Andai sahaja esok dunia meninggalkan kita..

Hamparan luas ini buat kita alpa
Apa itu erti mencari bahagia
Dalam diam musuh bermaharajalela
Memijak memusnahkan perjalanan masa
Aku, kamu atau kitakah yang membuang masa??
Masih leka diambang sengsara

Kelmarin ukhti..
Kitakah yang berbuka dengan hidangan terlarang?
Nikmati tanpa menghirau dunia sekeiling
Tersenyum bahagia sedang mereka diuar merana…
Andaikan setiap suapan itu engkau terdengar jerit tangis mereka
Apakah dirimu masih tega?!

Tp kelmarin ukhti..
Kita jugakah yang bersemangat memegang panji kasih itu?
Digenggam erat sehingga mengalir air mata peduli
Apakah rasa itu cuma satu hari?
Andai sahaja mereka melihat kita disini…
Pasti cuma perih menahan tangis
‘Merintih kesal itukah saudara KAMI!?’

Bingung..
siapakah yang kejam kita ataupun mereka?

Bertahun sudah Ramadhan datang dan pergi
Selama hidup masih diberi peluang untuk ada bersama
Setiap kali ia tiba tubuh masih lagi sempurna
Lihatlah betapa pemurahnya Dia terhadap hambaNya
Tidak berkira sedangkan kita masih berkira untuk dekat denganNya

Esok tiada lagi ramadhan
Mengimbau kembali…
Sudahkah digunakan waktu itu sebaiknya?
Hati bertanya,mengapa sebak?
Tatkala takbir dilaungkan syahdu
Air mata mengalir mula menyatakan rindu


p/s: "kaliankahkah yang membunuh kami dalam diam saudaraku?"




Comments