Rabiatul adawiyah




Rabiatul Adawiyah. Namanya sering disebut-sebut dari beribu tahun dahulu sehinggalah sekarang. Kesolehannya terserlah sejak dia kecil lagi. Rabiah anak kepada Ismail. Ismail bukanlah hidup dikuniakan harta yang banyak, namun cukuplah untuk keperluan keluarga setiap hari sahaja. Sebelum Rabiah dilahirkan kedunia Ismail dan isterinya selalu berdoa agar dikurniakan anak lelaki untuk menjadi pelindung keluarganya  pada masa akan datang. Hal ini kerana  ketiga-tiga anaknya terdiri daripada perempuan.  Setelah Rabiah dilahirkan kedunia mereka berasa hampa kerana dikurniakan anak perempuan. Kelahirannya tidak disambut dengan gembira bahkan dia tidak mempunyai kain untuk menyelimuti anak kecil yag baru lahir itu.


Ismail memberi  nama bayi yang baru lahir itu sebagai Rabiah’ anak ke empat’. Isteri kepada Ismail terpaksa akur dengan nama yang diberi oleh Ismail walaupn pahit. Ibu mana yang tidak menginginkan nama yang indah  buat anaknya. Suatu hari Ismail bermimpi bertemu dengan Rasulullah bahawa suatu hari nanti 70 ribu orang dari umat islam akan memerlukan syafaat, Rabiah. Bangkit sahaja dari tidur, maka hilanglah segala dukacitanya.


Tidak lama kemudian ayah Rabiah meninggal dunia diikuti oleh ibunya. Harta yang ibubapa mereka tinggalkan hanyalah sebuah rumah usang. Pada masa itu mereka masih budak lagi. Mereka terpaksa keluar mencari pekerjaan semata untuk mencari sepotong roti untuk mengisi perut. Tambahan pada masa itu musim kemarau, harga makanan juga meningkat. Disebabkan situasi itu ada yang mengambil peluang menculik kanak-kanak untuk dijual. Rabiah adalah salah seorangnya, dia dilelong dipasar dengan harga enam darham dan dibeli oleh seorang lelaki yang bengis dan kejam. Setiap hari dia dipukul dan badannya sangat kurus kerana melakukan kerja-kerja yang berat.

   
Meskipun keadaan tubuhnya sakit, dia tidak pernah meninggalkan tahajud malam semata-mata ingin bersama kekasihnya. Tidurnya amat sedikit. Sepanjang hari dia berzikir dan bertasbih disebabkan cintanya yang teramat sangat kepada Allah. Sehingga setiap hembusan nafasnya, denyutan nadinya mengalir cinta kepada Allah. Pada suatu malam majikannya mendengar rintihan Rabiah yang asyik dalam sujudnya. Tubuh majikannya bergetar kerana takut dan merasa sangat berdosa kerana menyiksa tubuh yang suci itu. 


Sepanjang berkhidmad Rabiah tidak perah merungut dan mengeluh bahkan tidak pernah berwajah masam. Kini barulah majikannya sadar kini Rabiah telah membesar. Disebabkan perasaan yang tidak enak, jiwanya dhantui dengan rasa bersalah terhadap Rabiah. Sehingga keesokkan harinya dia memerdekakan Rabiah. Rabiah sangat gembira tidak terkata dan berazam untuk memenuhi masanya untuk peruntukkan sepanjang masanya bersama Allah kerana sebelum ini masanya hanya disibukkan untuk melayan kerenah majikannya.


Rabiah membesar dan menjadi wanita yang mempunyai paras rupa yan cantik dan terkenal dengan kesolehannya. Ramai yang datang untuk meminanganya namun dia menolak dan termasuklah salah seorangnya Raja Basrah. Dia sangat khuatir jika cintannya dimiliki selain dari cintanya kepada Allah. Cintanya sangat mendalam sehingga dia hanya mahu mengabdikan dirinya kepada Allah semata. Dia juga takut jika dia bernikah masa yang digunakan untuk  bersama Allah diisi dengan melayani suaminya sahaja. Walapun dia berpeluang  menjadi isteri yang solehah untuk mendapat syurgaNya. Dia menyembah tuhannya bukan kerana mengiginkan syurgaNya dan takut akan nerakaNya tetapi igin sekali bertemu dengan Allah.

cuma sekeping roti dan secubit garam..tapi tak seenak roti ni
.
Rabiah tidak suka meminta-minta. Bahkan dia sanggup berlapar dariapada memakan makanan yang dia tidak tahu halal haramnya. Walhal ramai yang datang kerumahnya untuk memberi hadiah,tetapi dia menolaknya disebabkan ragu-ragu. Bimbang sebarang benda yang haram mengalir dalam tubuhnya.  Cuma dengan beribadah kepada Allah hilanglah semua rasa sakit, lapar dan derita yang dirasainya.


Rumahnya sering dikunjungi oleh orang soleh dan para ulama. Termasuklah Hassan Al-Basri yang dahulunya guru kepadaa Rabiah dan kini dia sendiri yang datang kerumah Rabiah untuk menuntut ilmu. Ilmu Rabiah meluas, diperolehi daripada ilham yang dikuniakan daripada Allah kepadanya. Pandangannya juga tidak terbatas seperti pandangan orang biasa, bias menembusi kealam ghaib. Disebabkan ketakwaannya yang mendalam, syaitan selalu gagal untuk mempengaruhi Rabiah. Rabiah seorang yang sangat rindukan akhirat. Apa yang sangat dia takutkan adalah jika diakhirat kelak dia tidak dapat bertemu dengan Allah.




Saat kematian adalah saat yang dinantikan. Rabiah menyambut saat kematiannya dengan penuh kebahagiaan kerana tidak sabar bertemu dengan Allah. Rohnya juga besama malaikat dilangit.


p/s : bisakah menjadi seperti Rabiatul Adawiyah?

Comments