Seputar raya





Bayi comel ini namanya Muhammad Naufal Bin Ahmad Zaki Masrudy, anak pertama kakak dan abang ipar.  Ramadhan tahun ini umurnya cukup 1 tahun. daripada dia dilahirkan tahun lepas sehinggalah sekarang kami lihat dia membesar. Perubahan demi perubahan daripada dia mula meniarap, selepas itu merangkak, kemudian bertatih, dan kini mampu bediri dan berlari. Rumah menjadi ceria jika Muhammad berada dirumah. Kami sedia mendengar dia bercakap walaupun kami tidak faham. Ikut tersenyum jika dia ketawa. 


Muhammad rapat dengan Pak Long. Pantang kalau nampak Pak Long mesti dia merengek minta didukung. Dia akan menangis kalau kami tidak ikut apa yang dia mahu. Tetapi kami biarkan sahaja, supaya dia tidak terbiasa dapat apa sahaja yang dia mahu. Muhammad suka senyum, bila senyum nampak dua-dua lesung pipit.



Budak lelaki ini pula anak sedara kami, anak kepada abang kami yang sulung. Namanya Muhammad Aiman Wafiy Bin Muhammad Hafiz, umurnya baru 11 tahun. sangat suka kepada budak-budak walaupun dia dikira budak. Minat pada kereta, suka hidupkan enjin kereta sebelum ayahnya bawa dia keluar bersiar. Pandai tukarkan gear kereta bila naik kereta bersama ayah dia. Mungkin tahu juga gerakkan kereta cuma ayahnya tak bagi.



yang ini pula adik lelaki bongsu kesayangan kami. Nama dia Muhammad Fauzi Bin Abd Samad, berumur 17 tahun. Tahun ini dia SPM. Hobinya design baju, baju kelasnya juga dia yang tolong designkan. Pandai melukis dan buat video. 


Pagi raya pertama selepas solat sunat hari raya masing-masing berkumpul dan saling bermaafan. Selepas itu barulah sesi bergambar bersama. Tengah hari itu kakak sulung kami beraya di Kelantan ikut suaminya beraya dirumah neneknya di sana.


 Petang itu kami konvoi ke Muar rumah Pak Uda dan Mak Uda sebelah mak. Kami sampai malam, setibanya disana pak cik jumat dan isterinya dan keluarga Pak Ngah  sudah ada. Kami sepupu yang lain bersalaman dan berkumpul di ruang tamu. Manakala makbah, pakcik makcik kami berborak di dapur.


Keesokan harinya kami beraya dirumah saudara sebelah abah. Mula-mula ke rumah Pak Ngah dan Mak Ngah. Mak Ngah buatkan kami rendang ayam. Rendang ayam Mak Ngah memang sedap. Waktu zohor telah masuk, kami solat berjemaah bersama. Sebelum balik Pak Ngah bagi kami banyak durian. Kereta bau durian sudah.


 Perjalanan diteruskan ke rumah atuk angkat kami di Pagoh, ayah angkat kepada mak. Kini dia satu-satunya atuk yang kami ada. Umur atuk sudah mencecah 100 tahun tetapi masih kuat menoreh getah. Atuk masih cergas bercerita dan berborak. Atuk tinggal sorang-sorang semenjak nenek sudah meninggal. Kedatangan kami disambut ceria oleh anak-anak atuk. Anak dan cucu atuk ramai yang beraya bersama atuk supaya atuk tak rasa sunyi.



 Selepas itu ke rumah Mak Lang di Liang Batu. Rumahnya dia sebelah sungai. Dahulu dirumahnya ada bela dua ekor Landak. Kami suka kutip duri landak yang tanggal untuk buat telunjuk masa mengaji. Semenjak banjir, landak hilang, mungkin mati lemas. Sekarang mak lang dan pak lang bela angsa pula. Angsa suka kejar orang terutamanya budak-budak. Kami bersyukur sebab kami sudah besar, angsa tak berani kacau kami.


Lelah sudah berjalan, kami singgah beraya ke rumah Mak Long sebelah mak. Semenjak nenek dan atuk sudah tiada kalau balik kampung mesti kami bermalam disana. Setibanya disana keluarga Mak Uteh dan Mak Ndak sudah tiba sedang masak bersama di dapur. Sepupu kami yang kebanyakannya masih kecil berlari-lari. Ada juga yang main mercun dan bunga api. Kami cuma mampu melayan sepupu kami yang comel-comel bercakap. Masing-masing ada sahaja yang mahu bercerita. 

  
Malam itu kami beraya di rumah sepupu kami. Rumahnya bersebelahan dengan rumah ibunya,mak long kami. Dia sudah berkeluarga dan mempunyai 3 orang anak. Kami sangat suka design rumahnya yang dibuat sendiri oleh suaminya. Ukirannya kemas,binaannya juga kukuh.


 Hari ketiganya kami beraya dirumah Pak Ngah dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke Melaka. kami beraya ke rumah kak Musafir Dunia a.k.a kak MD. Sudah lama rasanya tidak bersua. Hilang sudah rindunya. Sudah 3 tahun berturut kami tidak melepaskan peluang untuk ziarah keluarga mereka.


Destinasi terakhir kami di rumah mak teh sebelah abah. Selepas solat, kami bertolak balik ke Johor. Malam itu rumah kami diziarahi oleh keluarga kak Raihanah Zakaria. Mereka dari Terengganu bermalam dirumah kami. Sangat meriah dan seronok kerana keluarganya terdiri daripada 12 orang, 14 orang kesemuanya termasuk ibu dan ayahnya.


esok pula mahu beraya ke ruma Pak Usu. Kembar seiras abah kami~



Comments

Post a Comment