SAGA abah





SAGA meluncur dengan ‘cool’  di atas jalan raya. Dipandu oleh pemandu yang sudah dua bulan tidak sentuh stereng kereta.

………….

…………

;;;;;;;;;;



Tarbiyah Dzatiyah (TD)

Kepentingan ilmu ini adalah untuk dipraktikkan apabila berada dirumah. Pastinya tempat yang sangat menguji iman adalah rumah. Katil yang empuk, tv yang besar, makanan yang banyak dan sedap dan wifi yang  laju 24 jam.

1.       1. Untuk menjaga diri kita


"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (66:6)

Jika kita lihat ayat diatas, yang pertama sekali disebut bahawa pertama sekali kita hendaklah menjaga diri kita. Oleh sebab itu keperluan untuk perbaikan diri dan tarbiyah terhadap diri sendiri lebih utama daripada perkara lain.

Dalam keadaan kita sendiri dirumah. Kita terkadang tidak mampu bertahan daripada turut sama serta dengan agenda untuk melemahkan iman itu sendiri tanpa sedar. Seharusnya dalam keadaan apa pun kita berkepentingan untuk menjaga diri kita dengan sentiasa beramal seperti sebelumnya. Mutabaah dijaga dengan sebaiknya. Secara tidak langsung seperti ayat diatas, kita sedang bertindak untuk menjaga diri kita.


2.      2.  Jika bukan kita, siapa lagi?

Tiada pilihan lain untuk mentarbiyah diri kecuali bergantung kepada diri sendiri. Kalau bukan kita yang tarbiyah diri kita sendiri pada waktu ini, siapakah lagi yang akan tarbiyah diri kita? Mungkin dalam konteks kita sekarang kita ada akhwat mahupun kakak disisi kita. Mungkin juga ada M dalam keadaan langsung ataupun tidak.

Tetapi sampai bila mereka akan sentiasa bertahan untuk mendengar mahupun ambil berat terhadap kita. Mungkin juga satu hari mereka akan terlupa juga kepada kita. Oleh sebab itu sangat penting untuk kita mendidik diri, meyakinkan diri, menguatkan diri dan berdisiplin sepanjang dirumah.

3.       3Hisab kelak bersifat individual

“Dan setiap orang dari mereka akan datang kepada Allah sendiri-sendiri pada hari kiamat” (19:95)

Setiap dari kita nanti akan dihisab sendiri-sendiri dan akan diminta pertanggungjawaban atas apa yang sudah kita lakukan sepanjang kita didunia ini. Tiada sesiapa yang akan membantu kita melainkan amal kita dan syafaat daripada Rasulullah. Itu pun jika menjadikan sunnah Rasullullah sebagai cara hidup kita.

Jika kita tidak buat sama ada perkara baik atau pun buruk semuanya atas diri kita bukan orang lain. Jika baik, maka balasannya juga baik dan sebaliknya.

4.       4Tarbiyah Dzatiyah mampu mengubah diri

Dengan kesedaran betapa pentingnya TD ini kepada diri, maka diri seharusnya sedaya upaya menjaga diri. Ya, bukan mudah untuk sentiasa mentarbiyah diri sendiri. Pokoknya,jangan putus asa kerana hakikat berjalan atas titian ini adalah berjatuhan supaya kita tahu apa itu erti bangkit semula dan apa itu erti kekuatan yang perlu dibina.

Kita sendiri sahaja tahu apa kelebihan dan kelemahan dalam diri, jadi semestinya kita lebih ‘pro’ untuk perbaiki diri kita.

……………

………….

;;;;;;;;;;;;;


Makanya perlu untuk kita mengikuti program yang terdekat. Supaya diri tidak kelihatan begitu membuhsankan sepanjang berada dirumah.

p/s : Bagi yang sudah ada lesen mari hidupkan enjin kereta yang sudah lama berkarat,membawa diri kerana tenat terlalu lama tidak di isi dengan sesuatu yang bermanfaat.

Comments

  1. salam.. betul apa y penulis tuliskan.. pentingnya akan keperluan terhadap tarbiyah dzatiyah.. tarbiyah d kala sendirian..y sebenarnya jauh lebih memboosterkan diri.. ayuh!

    ReplyDelete

Post a Comment