Sangkar dunia





Tubuh itu melutut kaku
Air mata terus membeku
Tiada lagi rasa sayu
Dibakar oleh egonya ratu

Batinnya merintih tersiksa
Dipenjara sangkar dunia
Mengapa ku tanya mengapa?
Tersungkur diambang hina

Malam kesal menyimpang hati
Siang berkejar mencari misi
Petang melupakan janji
Kemana hilangnya visi?

Oh tuhan
Kini malam menjelma
Sedihnya menahan rasa
Hadirkanlah aku bersama air mata
Menghakis egonya jiwa

Doaku Ya Allah ya Rabbi
Takutkan ku terulangi lagi
Bimbangku jika jantungku terhenti
Sesak nafasku tidak terperi
Bergelumang aku dibuai mimpi

Ya Allah ya ilahi
Jangan biar aku merasa sendiri
Agar jika aku sunyi
Kau tidak berganjak dari hati
Tetapkanlah aku berdiri di jalan ini
Tidaklah hidup ini bererti jika aku berhenti
Melihat mereka yang aku kasihi datang dan pergi





Comments

  1. sangkar dunia: Tubuh kerdil ini
    Dalam sangkar hati
    Meskipun kini disuluh mentari
    Namun keindahan sejauh mata memandang

    Sedihnya rasa
    Jiwa dan lara

    Aku dipenjara dan terseksa
    Malam hanya dibuai mimpi
    Terbakar sudah semua impian
    Hilang ke mana hidup merana

    Di penjara sangkar hati
    Resah gelora tanpa cinta
    Cahaya bintang pun tiada erti
    Sebatang kara tiada saudara
    Mencari arah yang tiada tentu

    Aduhai hidup tak berakhir
    Sabar aku menanti janji
    Biarpun segala terhimpit zahir
    Kuterbangkan jua sangkar ini
    Setitik embun membasahi

    Aku dipenjara dan terseksa
    Malam hanya dibuai mimpi
    Terbakar sudah semua impian
    Mencari arah yang pasti

    Di penjara sangkar hati
    Resah gelora tanpa cinta
    Cahaya bintang pun tiada erti
    Sebatang kara tiada saudara
    Hidup dalam mimpi-mimpi

    Doa kupohon pada-Mu Ilahi
    Pasrahkan hati suratan takdir
    Palestin kan kembali

    Ya Allah Ya Ilahi
    Ya Allah Ya Rabbi
    Ya Allahu Ya Allah
    Ya Allah

    ReplyDelete
  2. salam

    puncak kasih : ye selepas mndgr lgu ni..

    ReplyDelete
  3. salam. tulisan y menyentuh jiwa, walau bukan diluah kata nammun cukup mmberi kesan. teruslah menulis di pena dakwah..

    ReplyDelete

Post a Comment