My first KRS



Alhamdulillah program Kem Remaja Sinergi bagi perserta lelaki telah pun selesai pada petang semalam.  Begitu juga kepada peserta perempuan y baru sahaja selesai dengan jayanya baru-baru ni. Tahniah kepada fasi-fasi yang bekerja keras untuk menjayakannya.

 Alhamdulillah sepupu dan adik lelaki saya baru sahaja tiba ke rumah pagi tadi. Salah seorang keluarga saya bergerak di awal pagi untuk menjemput mereka di Larkin.

 Kami bertanya pengalaman mereka sepanjang disana. antara RESPONnya adalah :

- Makanan kat sana sangat tip-top. bila daging kambing bakar dihidangkan untuk kami. Ayam masak merahnya pun sedap.

- Fasi-fasi semua baik-baik dan selesa bila nak bertanya.

-  kawan-kawan pun baik. Kumpulan2 lain tu ada yang macam ustaz, pergh mantap lar bagi contoh gune ayat2 Quran. Kumpulan aku biasa2 je, dapat geng satu kepala. aku yang kena jadi imam untuk kumpulan aku sebab diorang tak reti.Masing-masing tak rela nak pergi sebenarnya, kakak2 diorang yang daftarkan. Tapi kumpulan kiteorang memang rapat sampai masa balik semua muka macam tak nak pisah. “wei, aku rindu la nanti kat ko…”

- game dia yang best masa Selamatkan al-Aqsa. Ganas boleh tahan la, aku mase tu jadi pesakit, fasi jadi penculik pesakit. Game yang lain tu tak berapa mencabar. Macam burung hantu  tu tak takut pun.Air terjun best jugak tapi dapat mandi sekejap jek. Aku cari jugak pacat kat hutan tu tapi tak jumpe.

- pengisian dia pun best la. Ada lawak2 ciket sebab si sepupu ni yang buat lawak.

- abang fasi tu ada cakap kalau baca quran kat tempat awam mesti orang pandang pelik semacam jek. Masa tunggu bus nak balik aku cube la kat stesen bus masa tu baca dengan nada sederhana same2 sepupu . Setiap yang lalu tu sume pandang aku. Betul jugak la ape yang dia cakap tu. Nampak pelik kalau baca quran

……………………

Mase aku gi kem iKBN lagi mencabar gamenya. Kalau burung hantu tu jalan sorang2 dalam hutan. Cuma bawak 1 lilin jek. Hantu2 semua boleh tahan seram, bayangkan tengah2 jalan pocong jatuh dr pokok btul2 dpan mata pla tu.tapi nampak sangat la hantu tu menipu sebab aku baca ayat kursi dia tak lari. Game tu sampai pkul 3 pagi. ramai yang pengsan sebab takut n terperanjat. Tu belum lagi game yang lain

Laki2 ni sebenarnya gamenya kena lagi mencabar n banyak uji iQ baru best~
……………………….

Kiteorang terdiam….. Erk, mungkin dia aktif sangat join kem sana sini dan dihantar ke sana sini. Semoga dia mahu pergi ke Kem Remaja Sinergi yang seterusnya dengan sedikit lagi penambahbaikan…

Semalam dia dapat surat tawaran untuk kursus Multimedia kat Kelana Jaya selama 6 bulan. Makan minum dan tempat tidur semua ditanggung. Cuma duduk dan belajar sahaja. Sebelum dia dapat tawaran ke kursus 6 bulan tu dia sudah dapat tawaran ke shah alam untuk kursus photographic selama 2 minggu. Dia sangat berminat dengan benda yang berkaitan kamera, komik, design dan pandai melukis. Saya sendiri sangat suke lukisannya nampak real. Banyak juga corak baju yang dia telah design untuk kawan2 dan kelas sebelum ni.  Dia tak tahu lagi nk pergi yang mana satu.. semoga Allah aturkan yang terbaik buat dirinya.

Ya, dahulu dirumah ni pabila abah dan ibu bekerja cuma tinggal kita berdua
Sekarang aku berangkat pergi untuk sambung pelajaranku..
Tinggal kau seorang tanpa teman dirumah
Kalau dahulu kau yang suka berkongsi sesuatu denganku
Kalau dahulu kau lapar kau minta aku masakkan sesuatu
Kalau dahulu kau tak suka sesuatu kamu ceritakan padaku
Kau senang jika aku yang menggerakkan subuh untukmu
Dan aku juga senang denganmu..
Teringat suatu masa kau menyanyikan satu lagu..
Ku terdiam mendengar kau melantunkan ayat itu dalam kau duduk seorang diri :

“meski ku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepadamu, namun cinta dalam jiwa hanyalah padamu.. Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaimu, dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta…” 

Perasaan bercampur baur membendung air mataku
Pernah kau memberitahuku :

“oji tak baik macam....”
Aku terdiam.. “ oji boleh je jadi baik..xcouple n xkuar balik lewat malam” 

Dia juga terdiam dan perbualan tamat sampai disitu..

~Kamu adik yang baik dam kami sayang kamu kerana Allah
Semoga Allah permudahkan jalan menuju kebaikan untukmu
Menjadi anak dan adik yang soleh dan bakal menjadi imam untuk solat bersama kami~

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa ang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Qs. At-Tahrim [66]:6)

Comments

  1. ojie ku... huhu. nak burung hantu cabar versi islam ke? ada-ada. bole bawa jumpa semua jin, baru tau nanti. hehe. beriman kepada perkara ghaib. hantu pocong x maen la bro..

    ReplyDelete
  2. salam

    adeq : ye, bagi cket sama dia.

    ReplyDelete
  3. mengalir air mataku,. akak sayang oji,,

    ReplyDelete
  4. sayang oji juga.... hehe.

    I.A if akak handle krs lelaki la. hehe.

    ReplyDelete
  5. hebat gak adik akak nih..akak pun syg fauzi...

    ReplyDelete
  6. herm.. syahdunya.. feelin tetiba~

    ReplyDelete
  7. kak ayu : ye,,sedih~

    GMS : ....

    adeq : hamboi

    kak ain : =)

    anonymous : sbb mnulis dlm keadaan sedih~

    ReplyDelete

Post a Comment