Kotaku GAH !





Balik sahaja daripada program, Syahid melangkah dengan puas kerana jiwanya terisi meskipun perutnya belum diisi. Dalam perjalanan untuk ke stesen terakhir dia tertidur. Bangun dari tidur di melihat keluar, bas belum sampai ke destinasi. Syahid bertanya kepada teman disebelahnya “ nape dia pusing-pusing kat bandar ni ? sepatutnya sekarang da sampai dah”. Syahid cuba tenangkan diri kerana sibuk memikirkan bas yang akan diambil nanti terhad. Berkemungkinan dia dan rakannya akan tesangkut di stesen bas terakhir ditengah malam.

Tiba-tiba asap rokok memenuhi ruang bas. Dia terbatuk-batuk ditambah kondisi badannya yang tidak berapa sihat, asap terus berlegar-legar dalam bas, semua tingkap tertutup kerana menggunakan penyaman udara. Dalam hati Syahid bermonolog “aku benci rokok sampai aku mati ! ”. Banyak jugak asap rokok yang terpaksa dia hirup tanpa rela. Sepanjang perjalanan Syahid menahan sakit sambil matanya menakung air.
Sampai sahaja ke stesen bas dia menarik nafas lega. 

Syahid terus bergegas mencari surau untuk dia menunaikan solat maghrib. Usai solat, dia bergegas keluar mencari bas. Namun ‘hampeh’ yang dirasakan. Tiba-tiba perut bernyanyi menunjukkan ia perlu diisi. Syahid dan rakannya lantas pergi ke kedai kek berdekatan membeli roti. Syahid sempat menelan cebisan roti yang pertama.

**************************************************

Tiba-tiba datang seorang wanita dengan wajah yang begitu sedih menahan tangis. “ kakak, kakak ada nampak enggak beg warna hitam di belakang lepas solat tadi? ”. Syahid menjawab ringkas “tak…” dengan penuh tanda tanya dan bertanya “ kenapa?“. Wanita itu berkata “tas kawanku hilang kak ! waktu solat tadi aku lihat kakak habis solat dulu sama-sama kita langsung keluar.. aku lagi mencari dua orang wanita tua yang satunya solat disebelah kakak tadi. Duit, kad pengenalan, hp semuanya hilang….”. Syahid menjawab “ rasanya baik kamu report pada polis”.

Wanita itu terdiam, lalu berlalu begitu sahaja. Syahid yang mendengar turut merasa sedih dengan kejadian tersebut. Walhal disitu masjid ! tempat orang-orang beriman bersolat. Lantas dia terfikir, bagaimana jika bersolat juga tetapi tetap tidak dapat menahan kita dari melakukan perkara yang Allah larang dan tegah ? Allahukbar, sadarkah dia mencuri dalam rumah Allah ! sesudah solat pula!. Itulah orang-orang yang rukuk dan sujud tanpa selami dan faham maksudnya. Walhal dalam solat tadi dia sudah berikrar dengan takbir dan mengaku dalam Al-Fatihah.

Syahid melihat jam tangannya, lagi beberapa minit sahaja lagi pukul 9 malam. Dia terus menghantar mesej kepada abang untuk menjemputnya. Perjalan dari rumahnya mengambil masa 30minit untuk sampai. Syahid membuat keputusan untuk solat isyak sahaja di masjid itu. Setibanya di masjid, kelihatan orang berkumpul mendengar cerita perempuan yang kehilangan beg. Dari jauh salah seorangnya yang lain datang kepada Syahid dan bertanya lagi sambil menangis. Syahid bertanya “ kamu indonesiakah?”. Dia menganggukkan kepala.

Perempuan itu menceritakan semuanya kepada Syahid “iya, kami dari Indonesia. Bagaimana ini kak, tas kawanku hilang. Dalamnya jugak ada beg duit kami masukkan sebelum solat. Permit, visa, kad pengelanalan, duit, smuanya dalam itu !  aku mencari dua wanita tua. Masa itu cuma mereka berdua sahaja yang habis solat awal.. (teresak-esak) . Syahid teringat dalam masjid itu cuma ada dia, kawan dia dan dua orang makcik dan yang lainnya adalah kawan-kawan mereka sendiri.

Syahid bertambah simpati mendengarnnya, bagaimana jika mereka dituduh sebagai pendatang asing? Mereka mahu balik dengan apa? Duit pun tidak ada. Jumlah mereka semuanya dalam 9 orang. Kesian mereka. Syahid memberi cadangan yang sama lagi “baik report polis, bahaya bila permit tu semua hilang”. Kelihatan ada yang tidak faham degan bahasa Malaysia. “ Maksudku, lebih baik kalian laporkan saja pada polisi, supaya mereka juga boleh tolong urisin”. Dia mengangguk tanda setuju. Mereka berlalu pergi kepada teman-temannnya yang lain ikut sama menangis.

Syahid tidak tahu untuk berbuat apa ditengah malam begitu, biarlah pakcik-pakcik dan makcik-makcik sahaja yang uruskan, mereka lebih arif. Sampai sahaja dalam masjid kelihatan ada pakcik di dalamnya. Pakcik itu menasihati supaya Syahid menjaga begnya. Syahid bertanya kenapa tidak laporkan pada pihak polis.  Pakcik Cuma menjawab “da banyak kali kes ni jadi, banyak kali buat report macam tu jugak”. Dalam diam Syahid tak bersetuju dengan pakcik  tersebut “alaa.. lapor jela, kesian diorang, kad visa diorang macam mana? Tak kan nak biar gitu kot”. 

Syahid berdiam takut pakcik itu anggap dia terlebih pandai buat keputusan. Kelihatan pakcik tersebut mengeluarkan semua duit dari tabung masjid untuk deberi kepada mereka yang sangat membutuhkan. Syahid menyumbangkan apa yang termampu kerana duitnya harus disimpan untuk ke program akan datang.


Keluar dari masjid Syahid menunggu abangnya tiba sambil berborak dengan kawannya. Telefon bimbit berdering “ Syahid, abang dah sampai !”. syahid menyambut “ baik bosh !!!” 


p/s ; ya kotaku GAH, GAH dengan kerosakan, siapa yang mampu merubah ? ****

Comments

  1. yep. masjid tu slalu mnjadi tempat pencurian.
    saya pernah menjadi mangsa !

    ReplyDelete

Post a Comment