Iman tahu, Allah tersangatlah tahu 2



Iman merancang ntuk balik ke rumah pagi itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering, dahi Iman agak berkerut apabila diskrin telefon Iman tertera nama kakaknya “ Kak Nia Sayang”. Iman terus angkat telefon tanpa pedulikan apa yang difikirkannya.

Dengan suara yang ceria Kak Nia bertanya. “Assalamualaikum Iman, Iman kat mana?”.

“ Waalaikumsalam, Iman kat JB la nak balik uma pagi ni. Nape yek?”.  Jawab Iman dengan nada penuh tanda tanya.

“owh, jomla gi KL, kat uma bukan ada orang pun nak layan Iman. Jom ke KL  wikend ni ikut akak gi ziarah sahabat cintan”.

Iman menahan gelak. “biar betik? Iman bawak baju sehelai je kot? Iman tak de duit la akak, pergi sini pun ibu dan abang yang hantar”.

Kak Nia langsung bertanya “duit Iman ada bape sekarang?”

“ada RM40 jep”. Dalam fikiran Iman risau duit Iman tidak cukup untuk pergi bulatan gumbira seterusnya.
“ cukup lah tu untuk sorang, tak pe duit jangan risau akak support okey? ”

Iman sudah agak ayat Kak Nia mesti begitu. “ kalau macam tu tolong tepon abah cakap Iman ke KL harini, kalau tak Iman tak gi”.

“okey ! lepas tepon abah, akak tepon Iman balik samada abah bagi gi ke tak k?”. Kak Nia dengan nada teruja mematikan telefonnya.

Beberapa minit kemudian...

Telefon bimbit Iman sekali lagi menyanyi “Iman ! abah bagi gi !”.

“Iman agak dah, kalau Kak Nia semua pun boley... nanti Iman bagitau tiket Iman pukul berapa k?

*************

Alhamdulillah sampai sudah ke rumah Kak Nia. Perjalanan agak mencabar. Iman akan menginap di rumah Kak Nia beberapa hari.

Tibalah hari yang dinanti, hari untuk berziarah. Tidak sabar rasanya ingin bertemu dengan sahabat cintan. Sudah lama Iman tidak berjumpa dengan mereka, sementara cuti panjang ini Iman ingin manfaatkan masa cuti untuk berjumpa dengan mereka.

Sebelum itu kami berkumpul di satu tempat yang sudah ditetapkan untuk gerak bersama-sama beberapa orang sahabat cintan iaitu di bawah rumah RS.

Iman agak teruja dirumah RS ada sahabat cinta yang lain datang berziarah dan bermalam disana.
 Sebelum bergerak Iman dengan laju mendaki tangga untuk berjumpa sahabat cintan yang datang dari jauh.
Iman jumpa ramai sekali sahabat cintan di dalamnya. “ rindunya kat korang !”.

Iman terpandang seorang sahabat cintan yang dekat dengannya. Rindu sekali apabila melihat dia tersenyum.  Iman belum ada kesempatan untuk pergi ke rumahnya.

Walaupun hanya beberapa minit,  Iman harus bergegas turun kerana mereka yang lain sudah menunggu.

***************

Perjalanan bermula. Sampai sahaja ke destinasi, Iman sangat seronok melihat air sungai dari air terjum yang mengalir. Permandangan dari rumah sahabat cintan2 sangat cantik. Rumahnya dekat dengan gunung dan sejuk.

“alhamdulillah sampai pun”
“waaa.. bestnya ada gunung, ada sungai !”
“haah la..mesti pagi-pagi sejukkan?”

 Tanpa membuang masa. Mereka diberi buku untuk dibedah. Setiap kumpulan  dibahagi kepada dua orang untuk bentangkan. Banyak yang mereka dapat sepanjang pembedahan buku tersebut.

Mereka disediakan sekali makanan tengah hari yang enak iaitu rendang ayam. Sedang menjamu Iman dikejutkan dengan satu berita gembira bahawa sahabat cintan yang dekat dihati akan bernikah.

'betul ke ni? dengan siapa? bila??".

 Iman bagai tidak percaya berita itu sampai kepadanya sehingga dia tidak lalu makan.
Sejujurnya Iman agak sedih, selepas ini sudah tentu sahabat cintan yang dekat dihati akan semakin sibuk.

Reaksi Iman tiba-tiba berubah diam. tanpa Iman sedari, dia diperhati sahabat cintan yang lain.
"Iman kenapa? Iman ok?".

Iman berkata sambil tersenyum "tak ade papelah"


Iman lantas menukar topik lain dan melayan sahabat-sahabat cintan yang ingin menambah nasi dan mengambilkan lauk yang jauh dari mereka.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah pula banyak yang mereka borakkan. Pelbagai cerita dikongsikan oleh Kak Nia.

*************

Pada mulanya Kak Nia mahu hantar Iman balik ke rumah, selepas itu bertukar pula apabila Kak Nia bercadang untuk ambil cuti kerja dan bawa Iman berziarah ke rumah sahabat cintan Iman yang sama-sama belajar di UNISE, kemudian bertukar lagi, Kak Nia mahu berkerja pula hari itu, dan Iman merancang untuk balik sahaja ke rumah.

 Keesokannaya ..

Pagi itu dalam perjalanan ke tempat kerja  Kak Nia berubah fikiran lagi. Walhal selepas itu Iman bersedia akan dihantar ke stesen bas untuk balik ke rumah.

Iman menjadi serabut mendengar  perancangan Kak Nia yang asyik berubah-ubah.

“Kak Nia ni nak gi mane sebenarnya?, cakap belit-belit laa.. kejap itu la, pastu inilaa.”. Iman mula membebel .

Kak Nia mula meminta perancangan sebenar Iman pada  hari itu tetapi tergendala dengan keputusannya.
“ Iman cube cerita apa yang Iman rancang nak buat harini. Tak kisah la apepun, akak cuma nak dengar je”.

 Iman menerangkan perancangannya.

Sampai ditempat kerjanya tiba-tiba Kak Nia beritahu Iman bahawa dia ambil cuti hari ini dan ingin bawa Iman ke rumah sahabat cintan yang sama belajar dengan Iman di UNISE.

“betul ke ni? Jangan main-main kak nia !”. Iman tidak tahu reaksi apa yang harus dia tunjuk pada Kak Nia kerana serabut.

“tapi akak ada kerja nak buat ciket, Iman tolong akak wat kerja then kita gerak terus ke sana. Jangan lupa mesej dia yang kita nak datang. Jangan lupe jugak mesej sahabat cintan len yang free harini untuk sama-sama ikut.”

“baiik !!!”. Iman berusaha untuk mengajak sahabat yang lain supaya perjalanan menjadi lebih meriah dan tidak bosan.

Setelah semuanya siap, kami bergerak ke SA untuk mengambil sahabat cintan yang lain.

Dalam hati Iman sangat gembira.  Disebabkan cuti semester yang panjang Iman jadi rindu pada sahabatnya di sana. Jika di UNISE  Iman dan sahabatnya selalu bersama, makan bersama, ke masjid bersama, beriadah bersama. Iman sangat rindukan waktu itu.

Tibanya disana Iman disambut gembira oleh sahabat UNISE.  “ macam tak percaya Iman datang sini,  Iman satu-satunya orang y pernah sampai dan jumpa rumah kite”.

Perjalanan ke rumahnya agak jauh tetapi disebabkan teruja yang tinggi Iman tidak merasa jauh dan penat.

Maka bermulalah sesi ta’aruf antara sahabat UNISE dan sahabat cintan yang lain. InsyaAllah ada juga sedikit perkongsian kerana masing-masing hanya berdiam diri tidak tahu mahu mulakan topik apa untuk berborak.

Tiba waktu balik Iman rasa sedih untuk tinggalkan sahabat UNISE. Sahabat UNISE juga begitu.

Kereta Kak Nia meluncur laju.  Dalam keadaan terkejar-kejar rupaa-rupanya sahabat cintan yang lain harus ke UNIPE  patang itu. Waktu itu hujan dan jalan licin tetapi Kak Nia tetap membawanya dengan laju kerana  takut bus mereka terlepas.

“kenapa korang tak bagitau awal-awal”. Dalam nada kesal.

Mereka juga terdiam mungkin mereka terlupa untuk beritahu Kak Nia dek kerana asyik berjalan-jalan. Iman juga mampu berdiam dengan situasi yang kelam kabut.

Allhamdulillah akhirnya sampai juga ke stesen bas . Setelah mereka naik, bas itu langsung bergerak.

Iman terharu kerana Kak Nia sanggup bercuti kerja sebab ingin bawanya ke rumah sahabat UNISE walhal Iman tidak minta sama sekali pun.

Kata-kata Kak Nia yang mengharukan sentiasa terngiang-ngiang ditelinga Iman.

“tengok, betapa sayangnya akak pada Iman.sanggup taw cuti kerja demi Iman”.

Iman bermonolong dengan dirinya. " Lihatlah Iman. Iman baru berkorban sedikit demi bulatan gumbira, Allah beri yang lebih baik lagi dari ke Singapura. Perancangan Allah itulah yang terbaik. Jangan takut dan lokek kalau nak korbankan sedikit kegembiraan, duit, mahupun perasaan. Rezeki itu ditangan Dia, Dia boleh bagi bila-bila masa cumanya dari sumber yang tidak kita jangka."


"Iman tahu, Allah tersangatlah tahu apa yang terbaik buat diri Iman"


Comments