Iman tahu, Allah tersangatlah tahu






Pagi itu semua bersiap awal dan bertolak ke JB untuk buat pastport ke Singapura. Tiba sahaja Iman dan yang lain ambil borang untuk diisi dan beratur. Tiba giliran Iman, “adik, maaf ic adik ni tak boleh guna dah sebab umur adik dah 18 tahun”.

 Iman tersenyum lebar sambil matanya melirik ke arah kakak iparnya “ Iman tak nak pergilaa…tak nak…”.

Kakak ipar Iman bersuara “alaa, Iman kena pergi jugak teman akak”.  ( Iman agak rapat dengan kakak iparnya). Ibu juga menyokong dari belakang.

Iman mengeluh perlahan...

Iman tidak berapa rapat dengan atuk dan nenek. Iman baru sahaja mengenali atuk dan nenek kerana mereka lama terpisah. Iman sendiri baru sahaja tahu dia punya atuk dan nenek. Kehadiran mereka tetap diterima baik oleh Iman. Ceritanya seperti yang selalu terjadi di kaca televisyen, kini berlaku kepada keluarga Iman.

Kakak iparnya memujuk “tak pe, rabu ibu teman Iman buat ic ye?. Nanti hari jumaat akak teman Iman buat pastport pula, petang tu kita terus bergerak ke Singapura”.

**********

Keesokannya hujan lebat, Iman melangkah ke kereta dengan rasa berat hati bersama ibu. Sambil dia memandu, dia sibuk bermathurat. Dalam hatinya “ya Allah yang Maha Mengetahui segala isi hati, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik buat Iman ”.

 Sampai sahaja ke destinasi yang dituju. Ibu dan Iman meredah hujan tanpa payung. Iman agak menggigil kerana dia tidak tahan sejuk.

Suasana agak sunyi. “ peliknya ibu, tak ramai orang?”.  Jauh dalam sudut hati Iman sangat berharap orang yang datang ramai, tetapi dengan jumlah sebanyak dua, tiga orang sudah pasti urusan akan menjadi mudah. “tak pelah, Iman tahu Allah tahu”.

“maaf encik, anak saya nak tukar ic sebab umur dia sudah 18 tahun”.

“maaf mak cik, perkhidmatan kami tergendala untuk sementara waktu ni. Nah nombor telefon, mungkin petang ni mak cik boleh datang lagi tapi sebelum tu hubungi kami sebelum datang untuk pastikan semuanya sudah pulih seperti sediakala”.

Ibu mungkin risau Iman tidak dapat pergi ke Singapura dan terus bertanya. “ kalau di KT? Disana pn sama juga? Boleh tolong telefonkan tak?”

“boleh, sekejap yek?”

Iman cuma duduk memerhatikan. Kelihatan orang tersebut sedang berusaha untuk menelefon rakannya di sana tetapi tidak berjaya. Iman bermonolog “ Jika pergi ke sana bukan yang terbaik buat imanku, maka Kau susahkanlah segala urusan untuk Iman ke Singapura” .

Agak lama Iman dan ibu tunggu. Akhir sekali orang tersebut terpaksa mengorbankan sedikit kredit telefonnya kerana telefon pejabat rosak.

“mak cik, di kota tinggi semuanya okey tapi ramai oranglah”

Iman melihat jam di telefon bimbitnya. “dah lambat la ibu, KT jauh pla tu.. xpelah ibu, ibu pun guna banyak duit kalau bawak Iman. Nak buat benda ni pun da hbiskan banyak masa."

Ibu bertanya lagi,“ Iman tak nak pergi?”.Iman menggeleng kepalanya tanda tidak mahu.

“habis, kakak ipar kamu tu camne? Kesian dia”. Riak muka ibu agak marah
.
“dia ada suaminya boleh tolong jagakan, tak ada Iman pun tak pe. Ibu pun ada kalau dia nak ajak borak”. Jawab Iman sambil tersenyum, sehingga nampak baris giginya.

“Iman lain, Iman rapat dengan dia. Terpulanglah pada Iman nak ikut ke tak”.

Suasana terdiam seketika. Ibu bersuara lagi “ haa! ni mesti ada apa-apa, nak pergi bulatan gumbirakan?”

Iman tunduk bersedia mendengar omelan ibu  seperti kebiasaanya hendak pergi ke bulatan gumbira, tetapi dia buat seperti biasa sahaja.  “haah la ibu, mana ibu tau nik?”.

“ibu taulah. Nanti sape nak hantar?”

“Iman ikut ibu sama bergerak khamis petang tu la, naik bas sendiri pun tak pe….”. Iman tersenyum.

Reaksi ibu tidak seperti kebiasaannya, mugkin ibu sudah mula faham kerana beberapa hari lepas Iman ada buat sedikit “curhat” bersama ibunya. Mungkin juga ibu senang Iman punya teman yang baik-baik, yang selalu ingatkan Iman. Kelakuan Iman dahulu yang agak degil, sukar mendengar kata, dan melawan ibu sudah berubah sedikit demi sedikit dengan usahanya sebaik mungkin untuk menjadi anak yang baik.

Pada petangnya, Iman mengajak ibu dan adik lelakinya keluar untuk belanja makan. Sudah lama tidak borak bersama adik lelakinya. Jika dahulu Iman selalu bergaduh dan bertumbuk dengan adiknya, sekarang Iman sangat sayang kepada adiknya.

Sepanjang makan Iman bertanya tentang perkembangan dan bulatan gumbiranya disana. Dalam hati Iman berdoa. “ semoga adik terus istiqamah dengan bulatan gumbiranya”.

***********

Plan ditukar. Hari Khamis petang Iman ikut ibu bertolak ke rumah abang dan isterinya kerana esok pagi mereka hendak bertolak awal ke Singapura. Hujan turun dengan lebat sekali lagi. Perjalanan yang mengambil masa sebanyak satu jam setengah menjadi semakin lambat dek kerana sesak dan air naik  ke atas jalan.

 


abah yang tadinya diam tiba-tiba memulakan bicara. “Iman tak payah la gi bulatan gumbira, hujan lebat ni jalan pun sesak. Mesti jem kalau nak gi sane”. Iman agak sedikit terkilan ibu juga menyokong abah.

“alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan !”. Kata Iman tiba-titba bersemangat.

Iman menyambung lagi “ alang-alang dah nak sampai, biarlah Iman pergi. Taknak lah balik semula ikut abah, kalau tak nak hantar pun tak pe Iman ok je naik bas.”

Sampai sahaja dirumah abang dan akak. Akak ipar agak sedih Iman tak pergi. Iman dengan wajah yang berseri-seri berkata “ Iman tak pergi taw, akak pergi dengan mak dan abang”.

Selepas hujan reda, untuk menyenangkan hati kakak iparnya petang itu Iman menemani kakak iparnya keluar berjalan-jalan ke kedai. Banyak yang Iman borak dengan kakak iparnya sambil makan ais kerim bersama.

Ibu minta abang hantar Iman ke tempat bulatan gumbira. Tapi agak lewat. Iman sangat bersyukur kerana urusannya tersangatlah mudah untuk pergi ke bulatan gumbira tidak seperti sebelumnya.

Iman sangat seronok sepanjang berada di bulatan gumbira malam itu. Nikmatnya tidak setanding dengan ais kerim dan berjalan ke Singapura.

“ya, Iman tahu Allah tersangatlah tahu apa yang terbaik buat diri Iman”


BERSAMBUNG……

Comments

Post a Comment