Ujian




Khaulah sibuk buat kira-kira hasil gaji yang dia dapat daripada dia menolong abah.

 “ satu hari kalau abah untung banyak dapat RM30, kalau biasa-biasa je dapat RM20. Alhamdulillah, boleh la kumpul duit kalau ada agenda...” Khaulah terseyum lega sebab abah memang faham Khaulah perlukan duit sepanjang cuti sekolah.

“khaulah, cepat kemas kita nak balik dah ni.”

“okai abah !.”

Sedang Khaulah sibuk mengemas, datang empat orang lelaki. Umur lingkungan 17-19an datang membeli baju.

“kak, berapa ni kak?”

“sat.”, “ abah baju tu berapa? “

Khaulah meneruskan kerjanya mengemas barang dan membiarkan abah melayan mereka. Khaulah tunduk mengemas dan tidak menghiraukan sekeliling.

Tiba kedengaran suara sayup-sayup, “comelnya diaaaa”.

Khaulah tidak menghiraukan suara tersebut , tidak sedar walhal kata-kata tersebut ditujukan kepadanya.

Tiba-tiba Khaulah merasa belakang bahunya disentuh diiringi dengan kata-kata “ eh, tudung ni koyaklah !” berulang-ulang kali.

Khaulah naik berang lantas menoleh kebelakang dalam keadaan bersedia untuk memaki hamun. Tapi bila ditoleh mereka telah keluar dari kedai beberapa meter. Khaulah menahan rasa ingin menengkin  mereka dari jauh. Dia hampir menangis disitu tetapi ditahan dari dilihat abahnya. Dia takut abah semakin mengusik dan mengungkit masa lalunya.

Hati Khaulah berbisik “ Allah, apa yang aku silap dan tak jaga harini sampai aku diganggu??” Mata Khaulah menakung air sambil beristighfar.

Khaulah mengemas kesemua barang dengan cepat sambil menahan marah.

“kalau hati aku tak punya iman, bila aku dapat budak tu, aku bunuh dia ! “

sayangnya Khaulah tidak mengecam siapa yang buat begitu padanya kerana dia tidak memandang wajah mereka kecuali dengan sekali imbas.

Selesai mengemas barang jualan, Khaulah membantu abah melipat kanvas, kemudian menanggalkan besi-besi khemah.

 Khaulah mengangkat besi-besi ke dalam van dengan pantas sehingga jarinya tersepit di celah besi. Khaulah menahan sakit dengan mengetap giginya. Tanpa menghiraukan sakit Khaulah sambung mengangkat besi-besi yang lain.

Fikiran Khaulah bercelaru memikirkan kejadian tadi. Dia tidak lagi menghiraukan orang disekeliling. Khaulah cuma mahu sampai ke rumah lebih awal.

Setelah selesai semuanya Khaulah langsung masuk ke dalam van dan meneguk air teh ais yang abah belikan. Khaulah memerhatikan kali ini dia dan abah siap awal dari yang lain mekipun barang yang dijual sepatutnya mengambil masa yang agak lama untuk dikemas.

Khaulah berdiam sepanjang perjalanan. Dia hanya bersuara apabila ditanya oleh abah. Khaulah rasa berat untuk menanggung rasa malam itu. Akhirnya mengambil keputusan untuk ceritakan kepada abah. Reaksi abah mengecewakan Khaulah, abah malah mengambil enteng.

Khaulah menjadi sebak. Kesedihannya tenggelam dalam pekat malam sepanjang perjalanan. Khaulah melayan perasaannya dengan melontar pandangannya ke luar tingkap yang terbuka luas. Angin malam meniup wajah Khaulah dalam duka.

“hmm.. mungkin abah tak paham. Khaulah bukan Khaulah yang dulu abah” Khaulah cuba menenangkan dirinya.

Abah bersuara. “Khaulah penat?”

Khaulah menjawab ringkas, “bolehlaa…”

“mane lagi penat rasanya, jual kelapa atau tolong abah?”Tanya abah.

Khaulah menyambung “tapi jual kelapa kejap je…”

“sape cakap skejap? Larat ke nak angkat galah kait kelapa? Badan dah la keding.” abah gelak kecil.
Khaulah terseyum,”yelaa.. tolong abah lagi senang.”

Suasana menjadi sunyi kembali..

Kiri dan kanan jalan dihiasi dengan pokok kelapa sawit cuma kadang diterangi lampu nion. Khaulah mendongakkan kepala mencari bintang dan bulan. Kelihatan hanya cahaya kapal terbang yang berlegar di udara.

“mana bintang dan bulan malam ni?”

Terlihat hanyalah cahaya berwarna oren menghiasi langit yang gelap. Bulan ditutupi oleh awan. Khaulah memerhati kapal terbang lebih lima buah yang bertebaran dilangit malam. Lampu-lampu kapal terbang mengerlip menggantikan bintang yang hilang malam itu. Cahayanya sedikit menghiburkan hati Khaulah.

Bibirnya memuji dan beristighfar dengan rasa hamba.

***********
Sampai sudah dirumah. Jarum jam menunjukkan hampir pukul 11 malam. Tubuhnya terasa letih, dia menghayunkan kakinya ke rumah dalam keadaan lesu.

Selesai membersihkan diri dan solat. Khaulah melangkah ke dapur. Khaulah teragak-agak untuk makan kerana tiada selera. Lama juga Khaulah berdiri disitu.

Abah sudah selesai makan meletakkan pinggan di sinki dan membasuh tangannya. Suasana rumah sunyi, ibu sudah tidur yang masih berjaga tinggal Khaulah dan abah sahaja.

“ Khaulah da makan??”

“Belum lagi…”

“Makanla.. perut tu kosong. Hari ni da la tak makan langsung. Makan sikit pun tak pelah”

Khaulah hanya mampu mengangguk. Khaulah terharu pabila abah mengambil berat tentang dirinya. Punca dia tertalu letih malam itu kerana dia tidak punya tenaga yang cukup untuk bergerak. Tambahan dek kerana perutnya yang kosong.

Abah memotong buah lalu diletakkan atas pinggan Khaulah. “nah buah..” sambil terseyum. Nampak garis-garis tua diwajahnya.

Abah kemudian ke ruang tamu menonton televisyen. Kelakuan abah malam itu sangat menyentuh hati Khaulah sebagai seorang anak. Dia hampir mengalirkan air mata.

 Khaulah sendirian didapur. Mengaut sedikit nasi yang baru dihangat ke dalam pinggan. Sunyi malam itu sangat terasa pabila sendirian. Khaulah masih bersedih mengenai kejadian tersebut. Sakit hati dan sedihnya masih terasa. Istighfar menjadi penyejuk hatinya..

Usai makan, Khaulah masuk ke bilik tidurnya lalu membuka laptop. Membuka email dan FB. Dia disapa oleh kawannya di FB. Ternyata kawannya tu punya masalah berat. Dalam keadaan jiwa Khaulah yang kurang sihat dia sebaik mungkin menjadi pendengar yang baik.  Disamping menjadi penyumbang idea dan membantu temannya.

Alhamdulillah setelah  selesai, Khaulah langsung merehatkan tubuhnya yang dipaksa untuk bergerak sepanjang hari. Khaulah sangat berharap dia dipilih untuk berjumpa dengan Rabb, kekasihnya………




Comments

  1. nice but no ending..
    aturan cerita yang menarik..
    ada rasa nak tahu masa baca..
    kenapa ayahnya macam tak kisah je..
    so boleh wat sambungan lagi ni..hehe
    nama yang best!

    ReplyDelete
  2. zuraidah idr :
    insyaAllah cbe tambah

    adeq:
    khaulah adlah khaulah

    ReplyDelete

Post a Comment