Allah... jangan tinggalkan aku....






Umurku semakin lanjut
Dosa-dosaku semakin menggunung
Setiap derap langkah kadang aku jahil
Setiap sedutan nafas kadang aku buta
Setiap perbuatan kadang aku gila
                                                                             
Aku senang ikut telunjuk nafsu
Syaitan berdekah-dekah melihat aku gagal
Andai sahaja aku lihat mereka bergalak-galak....
Pasti aku pancung satu persatu kepala mereka
Kerana kau aku jauh dari PENCIPTAKU !

Aku tahu bukan salah kau 100%
Tapi kerana kebodohan aku 90%
Ikut kata kau dari kata TUHAN aku
Aku ini hamba DIA, bukan hamba kau !
Aku tak nak diheret ke NERAKA  sama-sama kau….
Aku tak nak……..

Ya Allah…
Aku ini hamba yang tak sedar diri
Engkau beri aku nikmat dan kemudahan
Tapi aku mudah lupa..
Walaupun aku ini sifatnya memang mudah lupa
Tapi adakah alasan itu nanti …
yang aku bakal jawab diakhirat kelak??
“ya Allah, aku lupa itu dan ini sehingga aku melupakanMu !”
Alasan bodoh !!

Ya Allah…
Kau sering maafkan aku..
Walau besar mana pun salahku
Kau dakap aku tiap kali aku mohon keampunan
Kau buat aku rasa sangat istimewa bila aku rasa Kau pimpin tanganku
Kau sering tenangkan hati aku dengan janji-janjiMu
Kau belai aku saat aku nangis dihadapanMu…

Ya Allah…
Aku ini hamba hina dan kotor
Namun ya Allah, Kau tetap menyayangiku....

Ya Allah..
keranaMu aku bernafas
kerana Kau tujuan hidupku
TanpaMu ya Allah, aku lemah
Tiada yang bisa mengubat kesedihanku
MelainkanMu ya Allah..
Tiada yang bisa menguatkanku
melainkanMu ya Allah…
Tiada pergantungan lain
Melainkan kepadaMu ya Allah…
Aku mohon….
Jangan tinggalkan aku kerana khilaf rasionalku


Sentiasalah bersamaku ya Allah… jangan tinggalkan aku sendiri lagi~

Comments

  1. nice !

    kita tahu kita silap.
    kita tahu kita salah.

    mohla foloow up tahu itu pada sedar dan buat.

    ReplyDelete
  2. nice.. ayuh hantar karya ke SINERGI/.cheh

    ReplyDelete

Post a Comment