Disebalik "MN"




Kini tibalah hari yang ditunggu-tunggu oleh Balqis.  Perkhemahan yang akan menemukan dia dengan sahabat-sahabat jauh yang dia sangat rindui. Dia dinasihati supaya tidak serta ke program tersebut kerana keluarganya  lebih memerlukannya sebelum dia berangkat ke Mesir untuk sambung pelajarannya disana. Namun, Balqis tetap mengambil keputusan untuk turut serta perkhemahan tersebut untuk terakhir kalinya.

Sebelum berangkat, Balqis meminta izin kepada ibu dan ayahnya untuk pergi perkhemahan tersebut di Kelantan. Ibu Balqis agak berat hati melepaskan Balqis pergi, ibu minta Balqis bertanya kepada ayahnya. Ayah Balqis tidak pernah menghalang Balqis untuk pergi kemana sahaja program. Disebabkan ayahnya tidak menghalang, ibunya hnya menuruti sahaja. Dia sangat bersyukur kerana keluarganya sangat memahami.

*********
Keesokan harinya selepas ibunya pulang dari kerja, ibu tidak sempat berehat atau makan terus memandu ke Bota bersama Balqis dan adik bongsunya. Sebelum menghantar Balqis ditempat berkumpul, ibu mengambil adik Balqis di SMKA Bota.  Perancangannya selepas ke Bota, mereka akan ke UNIP untuk hantar Balqis.

Tiba-tiba Balqis mendapat mesej mengarahkan dia supaya tidak turun di UNIP tapi di Masjid Tronoh. Balqis memberi tahu pertukaran pelan tu kepada ibunya. Suasana menjadi semakin tegang kerana ibunya hanya berdiam tanpa keluar sepatah perkataan. Balqis memang tidak tahu dimana masjid tersebut, tetapi dia mendapat pelan ke sana. Lebih-lebih lagi minyak kereta hampir habis.

Balqis menawarkan diri untuk memandu tetapi bu Balqis diam menunjukkan reaksi tidak setuju. Ibu Balqis tersalah masuk lorong, Baqis meminta ibunya untuk keluar semula kerana sudah terlajak jauh. Ibu Balqis hanya diam meneruskan perjalanan tanpa hiraukan kata-kata Balqis. Balqis mendapat mesej daripada sahabat supaya dia berhenti sahaja dimana sahaja kerana rombongan lain sudah lama menunggu.

Balqis meminta ibunya turunkan dia dimana sahaja kerana ada orang yang akan mengambilnya..

Tiba suara ibu terkeluar juga, “ kamu ingat ibu ni apa? Manusia ke apa? Kalau jadi apa-apa pada kamu macam mana??!”

Balqis terkedu….

Balqis mengambil keputusan dengan menghantar mesej bahawa dia tidak dapat turut serta. Balqis merasa serba salah dengan ibunya begitu juga kepada sahabat lain yang sudah lama menunggu.

***********

Adik bongsunya menangis kelaparan sepanjang perjalanan meminta untuk disusukan.  Suasana menjadi serabut. Balqis terus berkata kepada ibunya dia tidak jadi untuk pergi.

Ibu Balqis terus menekan minyak selaju mungkin sambil  menangis teresak-esak. Tangisan ibu Balqis pecah malah semakin kuat, stereng diputar ke lorong sebelah kanan sambil membawa dengan sangat laju… Balqis dan adik-adiknya menangis didalam kereta.

Tiba-tiba…..  muncul kereta datang dari arah bertentangan. …….

Balqis menangis dalam buntu menjerit. “ibu !!!! along minta maaf !! along minta maaf !! ”

Stereng diputar dengan cepat ke lorong sebelah kanan mengambil posisinya semula. Masing-masing menangis teresak-esak. Jantung Balqis berdegup dengan sangat laju.  Mungkin jika bukan disebabkan adik-adiknya dalam kereta itu ibunya memang nekad untuk melanggar kereta tersebut.

Ibu menangis sambil berkata “along pentingkan diri !”

Balqis teresak-esak menahan tangisannya dan memeluk adik bongsunya yang merengek. Balqis memujuk adiknya supaya suasana tidak terlalu gamat. Sehinggalah adiknya itu tertidur dipangkuannya. Sepanjang kejdian dia sama sekali tidak menghiraukan telefon bimbitnya yang asyik berdering.

Dalam perjalanan pulang dan keadaan sedikit reda. Barulah Balqis teringat akan telefon bimbitnya. Dia melihat ada 6 panggilan yang tidak berjawab dan 5 mesej yan tidak dibaca. Akhir sekali dari mesej itu, Balqis sudah ditinggalkan.  Balqis menahan sayu membaca mesej-mesej tersebut. Balqis tahu tentu mereka sangat marah pada Balqis.

***************

Sampai sahaja dirumah masing-masing tidak bercakap apa-apa. Balqis meluru kebilik. Balqis menangis sepuas yang mungkin. Ibu Balqis langsung tidak menegur Balqis selama dua hari. Sedikitpun muka Balqis tidak dipandang ibu.

Balqis menjadi sangat sedih. Sepanjang dua hari itu Balqis mengurungkan diri dalam bilik dengan hanya menangis.

Dalam Balqis menangis ….

Ayah Balqis tiba datang memeluk Balqis. Tangis Balqis menjadi kuat. Ayah memujuk Balqis.. Balqis sangat bersyukur kerana ayahnya sangat memahami. 

*********

Masuk hari yang ketiga, pagi itu ibu nampak sudah reda.  Mungkin kerana dipujuk oleh ayah. Balqis rasa malu untuk bercakap dengan ibunya apatah lagi untuk minta maaf. Tambahan dirumah Balqis sangat pendiam dan tidak banyak cakap.

Baqis merasa bersalah kerana berdiam dan hanya menangis dan beremosi. Balqis mengambil keputusan untuk meminta maaf pada ibu dengan meleburkan egonya. Malam itu, usai solat isya’ Balqis melangkahkan kakinya ke bilik ibu.

Balqis berdiri didepan pintu bilik itu lama… Hampir lima belas minit dia berdiri kerana merasa tidak kuat untuk masuk.

Akhirnya digagahkan juga kakinya untuk melangkah masuk. Ibu perasan kehadiran Balqis, tetapi tidak mengendahkan. Pada masa itu, dalam bilik itu cuma ada ibu dan adik bogsunya sahaja. Dia yakin, seorang ibu marah macam mana pun dia, bila anak dia minta maaf pasti dia merasa sejuk.

Balqis meminta maaf. Tapi respon ibu tidak memberansangkan. Balqis lantas menarik tangan ibu dan menciumnya sambil menangis meminta maaf. Tangis ibu turut memecahi kesunyian. Mereka sama-sama menangis malam itu sambil berpelukan.

Ibu yang selama ini sifatnya hanya memendam meluahkan perasaannya.

“along tahu.. ibu sayang sangat kat along. Pertama kali tengok kamu lahir buat hari-hari kami rasa sangat bahagia. Harapan kami sangat tinggi. Along ingat senang-senang ke kami nak lepaskan along pergi belajar jauh-jauh..? tapi demi kebaikan along,,kami korbankan perasaan kami.. kami tak pernah halang along pergi program atau kemana-mana.. kami tahu apa yang kamu buat itu baik. cuma lagi seminggu ni.. Takkanlah kamu tak faham perasaan kami..? kalau boleh sesaat pun ibu taknak lepaskan kamu kemana-mana….. ”

Pelukan mereka semakin erat. Balqis menangis dalam pelukan bersama luahan hati ibu.

Balqis juga sangat berharap agar sahabatnya itu memaafkannya. Dia sama sekali tidak bermaksud menyusahnya semua orang. Dia hanya mampu merancang dan selebih urusannya Allah yang aturkan.

Niatnya agar dapat berjumpa dengan semua sahabat-sahabatnya sebelum dia berangkat tapi malah lain pula yang berlaku. Balqis juga sangat berharap sahabatnya faham dan memahami apa yang berlaku sama sekali bukan kehendaknya tapi ketentuanNya yang telah ditetapkan.

Semoga dia bisa memaafkan~


p/s:  pagi tu, aku tinggalkan buku,
     aku dengar dia, aku menangis.

Comments

  1. salam. eh apa benda ni??

    ReplyDelete
  2. salam. kamu bc, kamu faham, maka kamu tahu

    ReplyDelete
  3. siapa balqis?? suspen. betul ke, tragis cerita ni. huhu. moga balqis tabah, teruskan melobi dengan baik.

    ReplyDelete
  4. yup.. selamat utk balqis. semoga segala urusan hidupnya dipermudahkan dtempat baru.

    ReplyDelete

Post a Comment