Kerana aku JATUH CINTA




Dalam aku merentas waktu
Selama aku hidup
Kini baru aku rasa
Betapa aku jauh dari Tuhanku
Leka bermain

Aku bertanya pada diri
“ wahai diri, apa kamu sengaja melupakan tujuan apa kamu diciptakan??”

Dalam waktu aku belajar
Dalam waktu kehendakku tidak dipenuhi
Dalam waktu aku memprotes
Dalam waktu aku bertanya
“ya Allah, mengapa aku diciptakan?? Mengapa aku hidup? Mengapa mesti aku?? ”

Aku tersentak,,,
Ah.. istighfar lagi dan lagi
Itu dirimu dahulu
Lihat dirimu sekarang
Mampu berdiri di kaki sendiri
Diajar untuk sentiasa bersedia
Katakan apa sahaja akan cuba untuk kupenuhi

Kini aku melihat susuk-susuk tubuh yang berwajah tenang….

Aku tahu doa mereka
Ya Rahman..
Izinkan tangan ini menyentuh hati-hati mereka
Bersedia untuk ada walau dalam sesaknya waktu
Ikhlas dengan setiap bicara
Agar bicaraku meresap ke dalam jiwa mereka
Walaupun nadanya dalam tersekat dan bertatih-tatih
Janganlah ya Rabb, kerana dosa, kau hijabkan rasa antara aku dengan mereka
Walau aku tahu aku selalu berdosa
Tapi izinkanlah hati-hati yang haus itu aku tuntun
Izinkan aku sirami dan bajainya
Agar akarnya kuat dan buahnya bermanfaat kepada ummah.


Buat sahabat-sahabat..
Untuk pertama kali
Mungkin ada diantara jarak umur kita berbeza
Tapi kalian ajarkan aku sesuatu yang bermakna
Tiap kali doa rabithah dibaca aku masih lihat mata-mata berkaca
Mata dan hati kalian dijaga, kerana kalian seorang wanita berharga
Aku tahu tubuh kalian lesu tapi dipaksa untuk gagah
Mata ini saksi, melihat wajah lelah yang masih kuat tersenyum lembut
Kesana kemari mengajak orang yang sama berubah
Buka sahaja berubah tapi mahu merubah
Segalanya bukan pengahalang
Kudrat dan sendi kalian persembahkan
Walau perut diikat semata diri diperlukan untuk dakwah



Aku yakin, kisah cinta ini pasti indah untuk dipersembahkan.
Kerana tanpa tarbiyah dan kesusahan kita tak tahu apa yang harus diperjualbelikan
 dan jual beli apa yang bakal diterima diahadapan DIA suatu hari nanti….




Comments