Rumah usang itu


 


Diluar jendela rumah
Kelihatan ada sebuah rumah usang
Anai-anai sibuk menyantap dinding-dinding kayu itu
Lalang meninggi memagari persekitaran rumah tersebut
Tertanya siapakah pemilik rumah itu?

Terdengar suara tetangga berbual dengan seorang nenek tua
Dia mengadu bahawa atap rumahnya berlubang
Meminta jiran untuk menolongnya
Rupanya dia pemilik rumah usang itu
Dia hidup kesorangan meskipun punya anak

Anak-anaknya sibuk dengan kerjaya mereka
Semuanya bekerja bagus-bagus sekali
Jarang sekali mereka pulang ke rumah dan bertanya khabar
Cumanya wang yang dipos oleh anaknya setiap bulan menyara hidup nenek tua

Pernah dia diajak tinggal bersama anaknya di Bandar
Tetapi ajakan itu ditolak kerana rumah ini punya banyak kenangan
Jadi dia ditinggalkan sendiri oleh anaknya dalam kondisi yang menyedihkan
Segala kemudahan tidak mencukupi untuk dia meneruskan hidup sendiri

Lantai rumahnya walaupun bersimen namun dipenuhi pasir dan tanah
Jika hujan lebat turun lantai rumahnya dipenuhi air bagaikan banjir
Terpaksa menunggu hujan berhenti untuk mengeringkannya
Lantas terfikir bagaimana keadaannya jika musim tengkujuh?
Bagaimana malamnya adakah tidur dengan kesejukan
Bagaimana hatinya adakah merintih pedih sedang diri keseorangan

p/s : sehingga harini.. aku tertanya bagaimana keadaan dan kehidupan nenek tua itu .



Comments

  1. saya tak nak nenek tu mak abah saya.

    ReplyDelete
  2. T_T menulis tak sesukar realiti. aku menulis berdasarkan apa y aku lihat dan dengar..

    sampai sekarang aku terfikir keadaan nenek tu...

    ReplyDelete

Post a Comment