TARBIYAH TU “MAGIC”


Pagi itu Iman drive ke bandar bersama ibu untuk beli barang keperluan. Anak buahnya Aiman sibuk mengekornya kemana sahaja dia pergi. Aiman yang pagi tu liat nak bangun subuh betul-betul buat Iman tersentak dan dia pergi tanpa pedulikannya. Dalam kereta nak digerakkan, Aiman dari jauh berlari mahu ikut serta ke Bandar. Dalam hati Iman “ bila pla budak kecik ni mandi??”

Dalam perjalanan dia memecah sunyi  “ibu, tarbiyah tu magik kan?”.  Mak diam. Iman teruskan lagi sebenarnya dia dalam usaha memahamkan ibunya betapa pentingnya dia pergi ke halaqah.

Sambil dia menukar gear kerata ke gear lima.

“ibu tahu, masa Iman gi halaqah dulu mula2 baru Iman tahu apa sebenarnya tujuan hidup Iman. Dalam halaqah tu Iman belajar macam-macam. Dalam halaqah tu diorang cakap if kita jadi baik bukannya untuk diri sendiri je tapi untuk ibu dan abah jugak. Dalam halaqah tu baru Iman tahu, Iman ni aset mak dan abah untuk ke syurga. Kan salah satu harta yang kekal kat akhirat nanti adalah anak y soleh dan solehah?? Masa tu baru Iman tahu ibu. Kalau nak buat jahat Iman teringat jugak kat ibu”

Ibu mula menyambung." ha, Aiman dengar acik cakap tu".. “ alaa, ibu selalu berdoa supaya anak ibu jadi anak yang soleh dan solehah. Kalau Allah dah kehendak korang macam tu tak kisahlah korang ni join halaqah ke tak. Habis kalau korang tak join halaqah korang jadi jahat la gitu? Korang dulu pun baik apa.."

Iman mengangguk , “  sebab tu lah perantaraannya ada anak ibu yang join halaqah dan berusaha nak  jadi baik , solehah dan tahu matlamat hidup kami ibu. Kalau sebelum ni ibu tak tahu kami ni macam mana, sebab ibu sangat sibuk kerja masa tu.. ibu, dalam kita hidup bukannya cuma belajar, kerja, dapat gaji besar dan mati… Dalam halaqah tu baru iman berfikir ibu, betullah kan takkan kita nak hidup macam tu je setakat solat 5 waktu, tupun tunggang langgang.. no point..mati nanti tak tau macam mana nasib kat sana…”

Ibu mula bersetuju “ betullah , ibu rasa sejuk bila tengok anak ibu. Bila anak-anak ibu mula solat berjemaah. Ibu rasa bersyukur sangat sebab rumah kita ni jadi masjid yang dalamnya ada orang-orang yang solat berjemaah.”

Ibu nampak tenang dengan jawapan Iman, susah untuk Iman dengar suara itu mendatar macam tu.
Sambil tarik nafas. Iman terus tersenyum sambil mengimbas kenangan lalu zaman awal remaja dia dan adiknya yang ibunya tidak pernah tahu kisah disebaliknya,  perubahan dalam keluarga yang semakin baik walaupun tak semuanya bisa diperbetulkan.  Lalu dia berkata “ tarbiyah tu magikkan ibu??”

Ibu mengangguk “ ya, magik.. bila ibu tengok diri ibu sendiri pun dah rasa magik”

Iman tersenyum, ternampak giginya. Mungkin nada ibu agak kelakar.

Aiman yang duduk dibelakang hanya diam.

Iman mula berfikir tentang anak buahnya yang solatnya sering dipantau oleh Iman sendiri sepanjang dia cuti sekolah dan duduk dirumah. Tak lama lagi Iman dah nak sambung belajar untuk semester yang baru. Siapa lagi yang mahu pantau solat dia…

Iman mula memanggil nama Aiman..

Aiman menyahut.

Secara spontan Iman bertanya pada Aiman, “ Aiman sayang mama, sayang baba??”

Aiman menjawab, “ sayang…”

Iman menyambung “ kalau Aiman sayang mama, sayang baba Aiman solatlah. Aiman lah harta diorang. Jadilah anak soleh. Doakan mama dan baba selalu dalam solat. Kalau Aiman tak solat siapa lagi yang nak doakan mama dan baba? Bila wikend baba tak kerja ajaklah baba gi masjid..”  Iman mula berhenti bercakap. Takut suaranya tersekat.  Dia menahan air matanya. Namun tak siapa sedar. Masing-masing melontar pandangan ke atas jalan.

Ibu juga menyambung dan  mengiakan kata-kata Iman.

Aiman hanya mengangguk dan mengiakan.

Dalam hati iman tak sanggup lagi melihat generasi yang meremehkan solat. Cukuplah, Iman tak nak lagi ada orang yang tak solat dalam rumah tu. Cukuplah segala kerosakan yang sukar untuk diputar. Sisa-sisa kegagalan yang menyesakkan dada dan kepala untuk berfikir solusinya.

Semoga solusi dan cara datang dari pelbagai arah dan penjuru untuk dia dan yang lain datang bersama memperbaiki kekurangan dan retak yang ada… Moga Allah redha~

Comments