ENJOY hidup kerana Allah






Alhamdulillah.. baru je habis jawab test LAW dan FAR. Rasa kesian pula tengok blog ni terbengkalai tak di update2. Sekarang musim cuti yang panjang tapi untuk student accounting, kami test berderet sepanjang cuti. Mostly yang tertinggal dalam U ni student accounting. Jadi kami terlepas cuti selama 5 hari untuk bersama family (fuhh~).  Sudah lama rasanya tak balik rumah untuk tengok wajah mak dan abah. Rindu. Selalu hujung minggu kesana kesini atas urusan dakwah walaupun tempat berurusannya sudah dekat sekali dengan rumah masih tak punya kesempatan untuk balik kerumah. Tak pelah, kita tunggu cuti panjang lagi untuk kita bertemu….

Kehulu kehilir, bersepah

Tidak dinafikan akhwat setiap hujung minggu tak sempat untuk bersama kawan2 sekuliah yang lain. Terjadi kepada saya juga cuma mungkin tidak sehebat mereka. Kawan banyak kali merungut dan menyalahkan . Mampu biarkan sahaja. Tapi alhamdulillah mereka masih suka untuk berkongsi cerita dan masalah.  Masa inilah kita harus tunjukkan skill2 kita, buat mereka rasa dihargai dan disayangi.  Layan mereka seperti mereka itu mad’u kita.

“ Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia ”

Ya, bila hubungan kita dengan pencipta osem. Hubungan kita dengan manusia juga terjaga. Orang2 yang disekiling pun rasa senang dan selesa.

Kenapa kita hidup….?

Hidup sebagai seorang khalifah, murobbiyah, mahasiswa, mad’u, isteri, pekerja, anak, adik, kakak dan sahabat, banyak lagi tanggungjawab yang tergalas atas pundak kita tanpa sedar. Tapi kita masih berjalan di GIANT,JUSCO, KINI, ECONSAVE dan MINI MARKET tanpa punya rasa peduli pada semua tu dengan perasaan puas kerna punya kasut, baju, beg yang baru untuk diperagakan dan makanan yang enak2 untuk dipenuhkan dalam peti.

“tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku” (51:56)

Ayat ni mungkin selalu dengar. Jangan kerana selalu dengar buatkan kita semakin tuli, hati terkunci tak punya rasa. Ringkas dan pendek tapi sangat padat. Inilah tujuan hidup kita. Jasad kita, keseluruhan hidup kita yang selama ni kita ambil remeh. Sibuk dengan perkara yang tidak meningkat iman, berbuat sesuai kehendak nafsu. Mengiakan segala kemungkaran demi kepentingan diri. Selama kita hidup sebagai khalifah dan abid adakah cuma sibuk mengutamakan harta dan manusia yang kita sayang sekeliling kita?

Percayalah bukan itu cuma hidup kita. Apa maksud mulut yang berbicara Islam pasti menang. Jika murobbiyah sibuk dibuai dengan permainan anak-anak kecil, mengunyah popcorn di skrin televisyen yang besar, tidur atas katil dan tilam bersulam emas, langkah lemah terhoyong hayang dan sibuk dengan buku tatkala orang sekeliling haus dengan peringatan. Inikah hidup…..?

“Yezzz !! kamon,inilah hidup, enjoy la wei, hari masih panjang, malam masih muda, otot masih berupaya”

Jadi ayat di atas ditujukan untuk siapa? Apa ia turun untuk saja-saja ? Fikir2kan…

Moga tidak termasuk antara orang2 yang kikir, tatkala diberi nikmat, kita berpaling dan melupakan Dia pemberi segala kesenangan.

“Dan jangan sekali-kali orang-orang yang kikir dengan apa yang diberikan Allah kepada mereka dari karuniaNya, mengira bahawa (kikir) itu baik bagi mereka, padahal kikir itu buruk bagi mereka. Apa (harta) yang mereka kikirkan itu akan dikalungkan (di lehernya) pada hari kiamat. Milik Allah warisan (apa yang ada) dilangit dan dibumi. Allah maha teliti apa yang kamu kerjakan.” (3:180)



Muka tak bermasalah

Sering ditanya dengan soalan ni “ kenapa kamu bila ada masalah. Tapi Nampak tenang?”,”kamu tak pernah ada masalah ke?”, “saya suka tengok muka kamu yang tenang”.

Bila kita bergantung hidup kita pada Dia untuk keseluruhan hidup kita in shaa Allah tak lain tak bukan ketenangan itu sentiasa bersama kita. Diuji itu perkara biasa yang bakal kita tempuh setiap hari. Jiwa mana yang tidak pernah rasa diuji?

Untuk bersedih itu wajar. Menangis itu perkara biasa. Tapi cara yang betul itu perlu untuk merawat kesedihan kita. Bukan lantas disebabkan ‘frust’ kita cari ketenangan dengan berkaraoke, terlalu asyik mendengar lagu2 yang melalaikan, menangisi dan meratapi kesedihan tanpa berbuat apa-apa?

Lagi-lagi kita ini digelar daie orang yang berilmu dan punya iman. Punya matlamat hidup. orang-orang yang selalu hadir majlis-majlis ilmuseperti halaqah dan usrah. Punya mutabaah supaya kita sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah. Sedang kita mengabaikan misi yang harus digencarkan. Sedang mereka diluar memerlukan kita untuk sama-sama bersatu merealisasikan.

jangan kerana terlalu lama berlayar bersama kesedihan. Apa pergantungan hidup kita selama ini cuma bergantung kepada manusiawi? Perginya manusia juga memusnahkan misi hidup kita. Teruknya ‘result’  kita dalam exam bagai musnah keseluruhan hidup kita. Tepuk dada,tanya diri, mana kita letak Allah dalam hati ? apa selama ini kita berbuat kerana manusia dan exam?

 Ya.. beza matlamat hidupnya adalah Allah dan matlamat hidupnya selain dari Allah.

Tidak dinafikan diri kadang terikut lemah kerna manusia. Nauzubillah..  Alhamdulillah tika jatuh ada yang menguatkan , lebih-lebih lagi akhwat2 itu dari keluarga sendiri. Kadang dimarah sendiri oleh mereka kerana kondisi saya yang selalu lemah. Adakah kerana masih baru?  Moga Allah gagahkan langkah saya dan langkah mereka.

so,, ENJOY hidup anda dengan ketenangan yang abadi. dengan teruja tanpa sakit jiwa, saat kamu sunyi DIA ada, dengan bercerita segalanya, di suatu tempat yang cuma ada kamu dan DIA ~


p/s : aku menulis bukan kerana bagus. aku menulis kerana aku kurang bagus.


Comments

  1. grrr... sesungghnya dunia ini adalah permainan dan senda gurau

    ReplyDelete
  2. " kami budak baru belajar tapi kami akan terus belajar, dan belajar, dan
    belajar, supaya jadi orang y terpelajar, dan mampu belajar dan mengajar"

    ReplyDelete

Post a Comment