Kadang - kadang



Alhamdulillah semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Setiap ujian dan badai yang datang tak lain tak bukan supaya kita balik kepadaNya. Apa yang berlalu biarkan berlalu. Apa yang penting apa usaha kita hari ini samada untuk menjadi makhluk yang bersyukur atau tidak. Peluang demi peluang DIA beri tanda DIA masih sayang pada kita.  Suka sekali saya petik kata dari buku berjudul “ taushiyah untuk aktivitis dakwah”, “cobaan itu laksana tamu. Biasanya, tamu itu tidak lama berada di rumah yang dikunjunginya..”

Pagi ini aku melihat perempuan tua berjalan. Aku cuma mampu tersenyum, dan mata menjadi basah. Iya, mungkin kerana rindukan ibu. Awal ramadhan sepatutnya menjadi kebiasaan pelajar balik ke rumah. Tapi aku ambil keputusan untuk tidak balik kerana banyak perkara yang perlu aku utamakan. Alhamdulillah aku sudah mendengar suaranya petang semalam. Semoga Allah merahmati ibu.

Subuh tadi aku berjalan balik dari masjid. Kebetulan masjid sangat dekat dengan asrama. Suasananya sangat tenang. Setenang embun pagi.

Dikala aku rasa terbuang dan tidak dipeduli. Aku mengkoreksi diri sendiri, mungkin kerna dosa-dosa yang menggunung yang aku tidak sedar. Aku berdiam seketika mengumpul kekuatan untuk bangun dan berbicara. Aku merangkak semula, sedikit demi sedikit aku peroleh konkrit yang kuat yang tidak pernah aku dapat sebelum ini. Sedikit demi sedikit lukaku sembuh. Kemudian aku temukan insan-insan biasa diluarnya, tapi dalamnya bertelagah ingin menjadi luar biasa. Akhlak mereka, cukup membuat setiap mata memandang menjadi sejuk. Semuanya sangat tersusun dan rapi. Moga Allah merahmati kehidupan mereka.




Kadang dan terkadang
soal utama diambil remeh
apa yang cantik
tumbuhnya dari dalam
lahirnya pada perilaku

Kadang dan terkadang
kecewa terlalu dalam
namun manusia bukan malaikat
tinggalkan yang lalu
lalui apa tersisa
dan..
rasakanlah duri bagai mawar mekar
yang sakit terasa indah






Comments