AJAK AKU SEKALI



Suatu ketika kau duduk disebelah
memasukkan celah jemariku dengan jarimu
memandang wajahku yang kusam
tidak berdaya dan pucat lesi
kau berdiam mencuka
ligat berfikir mahu berkata apa

melihatku kau buntu
kerna aku tak seceria selalu
warna warni dengan lagak girang
walau kau tahu kadang aku sakit
namun aku cuma 'okey'

kau tahu kerna apa?
Kerna otakku yang serabut
memikir dua masalah
kamu dan mereka
kau buatku menangis lelah

aku tahu kau masih tidak tahu
tapi izinkan aku berkata
kerna kau selalu berkata kau masih baru

sekali kau bernafas
bermakna kau masih pegang syahadahmu
maka kau perlu menjaga banyak perkara
bukan hanya memikirkan hal sepele
tentang aku dan tentang aku

aku ikat hatimu dalam simpul tanganku
kerna berharap untuk berjalan berlari bersama
untuk sama persembahkan diri dihadapanNya
kerna kau kata
kau mahu bersamaku selamanya

bila kau bersamaku kau bakal sibuk
bukan kerna aku
tapi kerna sibuk memikir
tentang mereka yang lalu dihadapanmu
sebenarnya inilah yang aku harapkan darimu

jangan duduk sembunyi
keluar dan tebarkan salam
pimpin tangan mereka jika perlu
bukan cuma tangan aku
kerna cinta sebenar bukan cuma kau pegang jemari aku

cemburu itu cuma perisa redha
tiap kali kau semakin nampak
untuk apa kau hidup atas kerak ini
biar simpan dalam hati
jangan muntahkan semuanya sekali
kerna kau bakal buatku mati
dengan kata-kata marahmu

kerna itu sekarang,
aku minta kau duduk dan dengar
faham dan angkat kepalamu 
kita ada misi lagi besar menanti

bangun dan pegang jemariku
jika mahu mati, ajak aku sekali

Comments