PENDOSA


http://www.deviantart.com/


Tatkala bumi disiram matahari
Itu tandanya hari masih ada
Itu tandanya kasihNya tak berbelah bagi
Terusan bagi si hina bernafas
Bagi peluang lagi dan lagi

Tuhan,
Banyak kali Kau lihat dia tersungkur
Dia bedosa dan berdosa
Tapi mengapa kau masih membelainya?

Tuhan,
Dalam ramai dia mengasingkan diri
Dunianya terasa sendiri dan sendiri
Tapi mengapa kau hadiahkan insan supaya dia tak terusan sendiri?

Tuhan,
Dalam tangis doanya dia tak tahu mana yang sungguh
Solatnya ala kadar
Al-Quran pula semakin jarang
Tapi mengapa kau terus biarkan orang memberi dan memberinya peringatan?

Tuhan,
KasihMu selalu sahaja datang dahulu dari murkaMu
Kau masih kutip cebisan hati yang sompek
Sirnakan lagi dan lagi harapan yang hilang
Hari-hari masih punya senyuman
Itu semua kau hadiahkan walaupun Kau terluka
Bagaimana lagi kami pendosa mahu nafikan pemurahnya Engkau terhadap kami



Comments