Jaulah

Walimah Ukhti Dayah

Dari Melaka


Bus Stop Black Clip Art

Dari johor bermalam di rumah ukhti MD di Melaka sangat menyeronokkan. Esoknya kami bertolak ke Perak bersama adiknya Cahaya. Kami bertolak dua hari lebih awal sebelum walimah. Sambutan disana sangat meriah. Orang-orang kampung bergotong-royong memasak untuk menjayakan majlis tersebut. Kami duduk di luar bersama makcik-makcik yang sudah ‘pro’ bab-bab memasak. Rajin makcik terangkan pada kami macam mana nak masak itu dan ini. Walaupun tidak berapa faham loghat orang Perak.

Hari ke dua

Esok petang maka tibalah rombongan ukhti adeq bersama ukhti bazlaa dan ukhti lnda. Akhirnya berjumpa juga ukhti bazlaa teman maya . Malam itu kami bertiga ikut bermalam di rumah sewa yang telah disediakan. Rumah sewa yang selesa dan besar,cukup sekali menampung akhwat yang ramai.

Walimah

Kini hari yang seterusnnya dan sangat dinanti-nantikan. Walimah ukhti satukalimah. Dari rumah sewa memerlukan 4 kali ‘trip’ kereta untuk membawa akhwat-akhwat ke walimah. Jazakillah kepada ukhti adeq dan pak teh yang menawarkan perkhidmatan kereta. Alhamdulilah saat yang mendebarkan berakhir setelah lafaz akad berjaya dilakukan dimasjid yang berdekatan.



Setelah sempai ke destinasi. Ukhwah antara kami menjadi begitu erat apabila makan ais krim sama-sama di atas jambatan kayu (u.md,u.cahaya,u.lnda,u.bazlaa,u.alhanun,u.adeq,u.syazna,u.siti,u.aisyah). Sehingga ada kasut yang tidak melepaskan peluang untuk berenang di bawah jambatan. Saya wakil pihak u.ad*** mengucapakan jazakillah kepada skuad penyelamat bersama batang ubi dan pelepah kelapa. Terharu melihat mereka yang tolong cucikan dan merelakan kaki dipijak u.ad** sementara menunggu kasutnya dicuci. Tersenyum mendengar kata-kata u.alhanun “kitakan akhwat”



Petangnya kami bersalam salaman kerana masing-masing punya lagi tanggungjawab yang harus dibereskan. Banyak lagi kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang disana. Umur  yang berbeza-beza bukan penghalang ukhwah kami. Semoga ukhwah kita berpanjangan 

p/s; Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” [al-Hujurat (49:10]

Comments

  1. salam ziarah.
    ukhuwah itu indah :)
    semoga terus berukhuwah fi deenullah

    ReplyDelete
  2. lnda dear, bukn inda=)
    pak ngah kah pak teh?=)

    ReplyDelete
  3. salam
    ana insyirah;salam windu =)
    mufidah islami;ok da tukar..jzkk..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment