Surat Cinta KRS



rindu sungai 

Surat ini diterima petang tadi dalam keadaan lembab sedang hujan renyai-renyai. tulisannya juga ada yang kabur. Segala isi yang terkandung bukan untuk ana seorang sahaja tetapi manfaatnya untuk dikongsi bersama. Surat ini ada sound effect lagi. Anggap sahaja isinya untuk kita juga. Bagi mereka juga yang sama-sama sedang bercuti panjang , mari kita renung bersama untuk apa masa-masa kita digunakan. Adakah kita sudah manfaatkan sebaiknya?

***************


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Kehadapan adik yang amat akak sayangi dan cintai kerana Allah,

Assalamualaikum adik. Ape khabar?? Semoga adik sihat dan bertambah sihat semasa cuti ini. Badan sihat.iman pun kena la sihatkan?? Jadi, apa khabar iman hari ini?? Baik??semoga iman semakin naik semasa cuti ni ye…uhuk2(akak terbatuk)..hehe..apepun,akak harap semoga adik kuat menghadapi nafsu yang membuak-buak utk melakukan perkara yang tidak baik. Akak pun mcm adik dulu,mesti la akak tahu sbb pernah mengalaminya. Jadi,akak tahu dan faham apa yang adik alami sekarang ni,masa musim cuti sekolah. Ok,flashback balik ape yang adik buat mase cuti sebelum ni..misalnya..

Tengok tv cerita lagha….

Tengok movie terutamanya movie korea….

Makan dan tidur berlebihan….

Lepak buang masa….

Chatting atau main mesej dgn laki….

Lambat solat..terutamanya solat subuh,asar..(ada tak sampai adik tinggal solat?)

X menjaga pandangan mata,pendengaran telinga,penggunaan mata dan kaki sebaiknya…

Renungkanlah…adikku…

Amatilah ..adikku…

Betapa banyak dosa yang adik dah kumpulkan masa cuti sekolah ini…betapa banyak khilaf2 dan kesalahan yang telah adik lakukan…

Adik tahu benda tu salah kan?Adik tahu Allah akan marah kan?

Mesti adik rasa tak mampu untuk bermujahadah ketika di rumah…

Bermujahadah?? Yakni berusaha bersungguh2 krana Allah.. SUSAH KAN???

Betul..susah..sebab akak pernah alaminya dahulu…

Jadi,kuatkan semangat wahai adikku sayang..lawan hawa nafsumu. Jgn biarkan dia 
menguasai adik tapi dia yang menguasainya..

Kalau ada apa2 problem,boleh share dgn akak..insyaAllah akak akan bantu sebaik mungkin..

Ok,la..gud luck in ur life…insyaAllah,nnti kakak2 utp nak buat reunion dgn adik2 semua..nnti akak inform..harap2 dapat datang sbb akak rindu nak jumpa adik..;).. ok,assalamualaikum dik. Jumpa lagi! ;)


***************************


mari beramai-ramai

Sepanjang disana mutabaah berjalan dengan baik sekali. Apabila waktu senggang sedang menunggu solat atau program bermula masing-masing mengisi masa dengan membaca al-Quran. Bagaimana pula sekarang dirumah? berkemungkinan cuti yang terlalu panjang buat kita menjadi down,mutabaah juga menurun. Nafsu itu sukar sekali dikawal lebih-lebih lagi banyak masa yang lapang. 

Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (9:41)


Mari Mujahadah !

Masa kita boleh di isi dengan membaca buku-buku yang sudah lama di dibeli tetapi belum dibaca atau belum habis dibaca. Tolong ibu bapa , menziarah dan macam-macam lagi perkara yang bermanfaat boleh dibuat. Dalam surat itu diselitkan juga dengan kata-kata peringatan untuk dihayati :



video
salah satu video yang ditayangkan di KRS


Renung-renungkanlah !!

Bila seronok, aku cari pasanganku
Bila sedih aku cari mak

Bila berjaya aku ceritakan pada pasanganku
Bila berduka aku peluk erat emakku
Bila nak bercuti aku bawa pasanganku
Bila sibuk aku hantar anak ke rumah mak
Bila sambut valentine aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila hari ibu aku cuma dapat ucapkan ”selamat hari ibu”
Selalu aku ingat pasanganku
Selalu mak ingat kat aku
Bila-bila aku telefan pasanganku
Entah bila aku telefon mak
Selalu aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila aku nak belikan hadiahkan untuk emak
Renungkan :
“ Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja..
Bolehkah kau kirim wang untuk mak?
Mak bukannya nak banyak..lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”
Berderai air mata jika kita mendengarnya….
Tapi kalau mak sudah tiada….
MAKKKKK..RINDU MAK…RINDU SANGAT

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya…
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya…
Berapa ramai yang sanggup..membersihkan najis ibunya..
Berapa ramai yang sanggup…menbuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya…
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…





“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (31: 14)

salahkah  couple ? -klik disini-


p/s : peringatan ini untuk diri sendiri supaya menjadi orang yang sentiasa bersemangat !

 Program cuti sekolah yang mengisi masa itu memberi pengalaman baru. 

jzkk kerana ingatkan kami walaupun program KRS (Kem Remaja Sinergi)sudah lepas.

Ada rezeki insyaAllah kita berjumpa lagi~ salam rindu dari kejauhan untuk semua fasi KRS
                                                                                                                                             


Comments

Post a Comment