Tidak mungkin seperti dahulu



Baru sahaja balik dari walimah  di Kuantan. Musim akhwat menikah. Kadang-kadang bagai tidak percaya, masa berlalu begitu pantas. Baru sahaja berjumpa dan menjalinkan ukhwah. Menikah itu adalah fitrah. Jangan pernah mengatakan bila sudah menikah diri akan masih seperti dahulu. Dunia bujang dan dunia selepas menikah akan menjadi berbeza. Mana tidaknya komitmen akan bertambah dan menjadi semakin sibuk antara belajar,dakwah dan keluarga. Tugas semakin berat harus diatur dan dibahagi dengan sebaiknya. Ruang untuk berukhwah juga semakin berkurang berbanding sebelumnya.

Adakah seperti dahulu?
Saat punya masa terluang mesej dan telefon menjadi pengikat hati
Bertanya khabar apakah dalam kondisi sihat-sihat sahaja

Adakah seperti dahulu?
Apabila ym dibuka menjadi orang yang setia menemani
Email madah sering dihantar menjadi penghubung hati

Adakah seperti dahulu?
Selalu merindu saat diri merasa berjauhan
Mengimbau masa lalu saat bersama

Adakah seperti dahulu?
Mengucapkan selamat malam sebelum tidur
Menyatakan sayang tika rasa itu hadir

Adakah seperti dahulu?
Apabila keluar bersama akan masih turut serta
Bersama membuat keputusan untuk sesuatu perkara

Adakah seperti dahulu?
Saat suka dan duka sentiasa bersama
Meluahkan segalanya agar setiap rasa ditanggung bersama

Adakah masih seperti dahulu???

Mugkin tidak lagi tetapi sekali kita bersahabat selamanya kita sahabat. Tiada ungkapan putus kerana ukhwah kerana Allah itu akan sentiasa mekar meskipun masa dan waktu menjadi penghadang. Tetapi bukan penghalang untuk kita terus berjuang bersama-sama pada jalan ini. Biarlah doa menjadi penghubung antara hati-hati kita. Kerana tanda sayang seorang kepada sahabatnya bukan hanya dengan ungkapan sayang tetapi ingatan terhadap sahabat dalam doanya.

Comments

  1. erm..bergantung pada individu juga..pas nikah, tak la bz memanjang..boleh aje hubungi akhwat-akhwat lain..tp akhwat2 lain pulak, hubungi je akhwat yang dah nikah nih dgn tanya khabar ke, bg 4ward mesej ke...=)

    ReplyDelete

Post a Comment