Kerana sebungkus coklat



Cuti panjang. Ati pulang ke rumah, sudah dua bulan dia berada di sana. Cuma sekali sahaja dia pernah pulang ke rumah. Setibanya dirumah dia dijemput untuk hadir ke satu program.

Ati : ibu, nak jumpa Kak Nur,nak bagi coklat yang baru beli haritu. Da 2 bulan tak jumpa dia rindula.

Ibu : asyik-asyik Kak Nur je. Asyik nak keluar je budak ni. Ada apa sebenarnya kat sna tu?


Ati : erk, ada programlah ibu. Buleh la, da lama tak jumpa..

Ibu : nak naik apa pergi sana ?

Ati : naik bas.

Ibu : reti ke naik bas sampai sana? Nanti sesat susah. Bahaya !

Ati : reti, ikut jela direction yang kak nur bagi. insyaAllah sampai dengan selamat. Tak jauh pun ibu.

Ibu : memang la tak jauh, tapi kamu tu tak biasa

Ati : kalau ibu tak bagi takpelah Ati drive je .

(boleh ke aku drive sorang2 ni? tempat tu memang tahu, tapi baru jek dapat lesen beberapa bulan. Bawak pun tak berapa cekap, kereta sume kat rumah ni manual, jem pun boleh tahan juga kat tempat aku nak gi ni. Ni tempat yang paling jauh yang pernah aku nak pandu )

Ibu : nak naik kereta yang mana? Nak bermalam ke? Kalau naik kereta ayah, takut ayah nak guna.

Ati : takpelah ati bawak kereta kancil. Lagipun tak sape guna kereta tu.

 Keesokannya .. kereta kancil rosak. Ayah tak benarkan Ati drive. Mahu naik Wira, road tax mati pula.

Ati : ibu, ati naik bas jela. insyaAllah tak ada apa.

Ibu : kalau macam tu tak payah pergi.

Ati : (diam..muka sedih)

Ibu : kalau nak pergi naik kereta abah la ibu teman.

Ati : ok,boleh3 ! (huhu..lama tak pegang stereng kereta pulak tu, redah jelah ! ).  Ibu boleh duduk kat uma  kakak, lepastu Ati drive ke  U sorang ok.

Ibu : boleh,tapi kena kol kakak dulu la sebelum datang.

Ati : baik !

Tibalah hari yang sangat dinanti dan mendebarkan. Setelah memandu selama dua jam lebih yang begitu menenangkan. Walaupun enjin kereta termati di tengah jalan.  Setibanya di sana selepas menghantar ibu ke rumah kakak, Ati memandu keretanya ke U yang berdekatan disitu seorang diri. Masa yang diambil lebih kurang 15 minit untuk ke sana disebabkan banyak sangat lampu isyarat yang harus ditempuh.

Ati : Alhamdulillah ! sampai jugak akhirnya. Sahabat-sahabat yang ana rindu dan sahabat yang baru sahaja ana kenal, silalah menikmati sebungkus coklat yang ana beli untuk kalian.

Keesokan pagi.. perjalanan balik ke rumah kakak yang seharusnya mengambil masa 15 minit menjadi 30 minit disebabkan sesat. Namun ‘cool’ harus ada walaupun pagi itu jalan dipenuhi dengan lori dan  bas. Kaki juga begitu lenguh mengawal break, clutch dan minyak. Peluang memotong lori dan bas tidak ditinggalkan kerana mahu cepat sampai untuk ambil ibu.

p/s : (tidak sengaja mendengar cerita dari seseorang)  memandu dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang. 

Comments