Kenapa saya join halaqah??

Kenapa saya join halaqah?

Saya mula kenal Allah, saya baru rasa DIA sentiasa perhatikan saya, saya baru belajar macam mana nak dekatkan diri dengan DIA, dan aplikasikan hidup saya semata keranaNya.

Saya mula kenal Rasulullah, Rasulullah mula menjadi idola saya, kalau dulu artis-artis di atas pentas jadi pujaan saya, dan sekarang saya mula belajar sirah-sirah Rasulullah, berusaha untuk ikut sunnahnya.

Saya mula kenal quran, saya baca dia setiap hari bersama maknanya, dia bagaikan surat cinta untuk saya, tajwid saya pun bertambah baik, saya jadikan dia sebagai panduan hidup saya, juga pemujuk hati saya tika saya sedih dan tak kuat.

Saya mula kenal dakwah,  sekarang saya tak kisah diorang cakap dakwah tu extreme, sebab dulu pun saya fikir macam tu.

Kenapa saya join halaqah?

Saya mula tahu tujuan hidup saya, bukan hanya main kejar-kejar je, berusaha untuk jadi hebat sebab kakak bagitau saya Allah cakap umat islam adalah umat yang terbaek! 

Saya mula tahu kewajipan seorang muslim,bukan islam ikut-ikutan dan sebab keturunan, saya mula tahu tujuan hidup saya, kenapa saya dilahirkan, bagaimana nak menjadi orang yang bermanfaat untuk orang sekeliling.

Kenapa saya join halaqah?

Saya mula belajar tutup aurat, kenapa mereka perlu ditutup,dan untuk apa ia ditutup.

Saya juga mula pakai baju yang longgar, bersetoking dan bersetongan.
Saya juga mula takut jika salah satu aurat saya tidak dijaga.

Kenapa saya join halaqah?

Saya mula jaga ikhtilat dengan lelaki, tak couple lg,malu untuk bergambar bersama, malu untuk bermeseg yang entah apa, malu bertepuk tampar, malu kongsi bekal bersama, malu dengan Allah yang sentiasa perhatikan saya.

Saya juga mula jaga pandangan saya, menjaga hati saya agar ia tidak dikotori dengan dosa-dosa kering.

Kenapa saya join halaqah?

Saya mula kenal mutabaah, bukan hanya solat 5 waktu sahaja.

Saya mula belajar macam mana nak bangun malam, macam mana nak dhuha, macam mana nak solat awal waktu, macam mana dan macam-macam lagi.

Kenapa saya join halaqah?

Saya mula kenal kawan yang soleh, selalu ajak saya buat baik, tak pernahpun ajak saya berkaraoke dan selalu ada bersama saya.

Saya mula kenal majlis ilmu, masing-masing berlumba kalau nak tambah ilmu, tak pernah rasa macam tu, sesungguhnya saya rase OSEM bersama mereka.

Kenapa saya join halaqah?

Wikend saya sibuk dengan halaqah dan daurah, tak sempat nak buat benda lagho, duit saya pun tak habis sia-sia.

Penghibur saya adalah mereka, tak pergi tengok wayang pun tak pe.

Saya mula kenal ikim kalau dulu taksub dengan hot fm. Semua lagu hafal, hafaz alquran pun xsehebat hafaz lirik.

Kenapa saya join halaqah?

Saya mula belajar untuk jadi anak yang solehah, jaga hati makabah, sayang makbah kerana Allah. Tolong makbah buat kerja rumah.

Saya mula belajar elakkan memburukkan orang, tidak mengumpat, terima mereka seadanya dam malas nak melepak sini sana.

Kenapa saya join halaqah?

Saya mula rapat dengan keluarga saya, selalu solat jemaah sama-sama, kalau dulu tak bertegur sapa, buat hal masing-masing sebab kakak saya cakap kubur masing-masing.

Sekarang tak lagi, saya mula kenal kakak-kakak saya, mereka ajak saya ikut halaqah, saya rasa saya baru jumpa mereka, mereka tak buat hal masing-masing lagi, mereka buat apa sahaja asal saya senang dengan mereka, tak marah-marah saya lagi.

Kenapa saya masih berhalaqah

Saya mula belajar untuk membuat pilihan. Masa membuat keputusan adalah sangat sulit. Ia menjadi sulit apabila hati saya sudah terikat dengan ramai orang yang saya jumpa. Biarlah kita tak bersama tapi bawa matlamat yang sama. Tak kiralah jauh manapun untuk berhalaqoh, kerana untuk mendapatnnya sangat susah. Mana mungkin mudah untuk melepaskannya ! jika kita tercampak dimana-mana pun berbatu jauhnya, jangan sesekali tinggalkan dia, kita tak mampu untuk berseorangan. Pilihlah mana yang kita percaya dan yakin~

Alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan halaqah

Comments

  1. amboii,..

    kubur masing2.. siapa kakak awak tu? haha

    ReplyDelete
  2. =).. kan ? tarbiyah dan hq mmg osem !
    huhu.. kami anak2 panah islam, maka letakkan lah kami walau d mana, kami akan berbuat kerana Allah..

    ReplyDelete
  3. Dr. Mujahidah : xlupe la ayat tu.. Tgur bek ckit k..huhu.xpe skrg xlg.......

    mufidah islami : insyaAllah

    ReplyDelete
  4. ALHAMDULILLAH AWAK DAH BERJAYA BERTEMU ALLAH WALAUPUN AWAK XNAMPAK TAPI AWAK DAPAT RASAKAN KEHADIRANNYA...

    ReplyDelete

Post a Comment