Aku Sedang diPerhatikan Allah





Alhamdulillah dapat juga update blog yang sudah berkarat kerana tidak dijaga dengan baik. InsyaAllah akan cuba meng’update’ dan share apa sahaja yang bermanfaat sepanjang cuti ini. Ayuh sama-sama manfaatkan cuti untuk bersama keluarga dan berziarah ! Jika di universiti, matrik, politeknik, atau dimana sahaja tempat kita menyambung pelajaran tiada masa untuk bersama keluarga, jangan lepaskan peluang untuk berbakti kepada ibu bapa. Cuba sedikit demi sedikit untuk dakwah family jugaaaaaa insyaAllah….

Mutabaah juga mesti dijaga agar iman tidak jatuh merundum, insyaAllah nasihat buat diri juga yang selalu lupa dan leka. Jangan lupa juga program yang mengisi jiwa iaitu “bulatan gumbira !”. Carilah jalan untuk mencipta solusi, bukan mencipta alasan untuk beralasan! (pesanan dari murobbiyah)… ingin saya kongsi ini bersama kalian,, kerana peringatan ini sering berbisik ditelinga dan berlegar di kepala tatkala saya tidak bersemangat. Maka saya coretkan disini supaya tidak lupa~

Aku Sedang diPerhatikan Allah

Kita sebagai umat Islam wajib untuk percaya kepada perkara yang ghaib. Seperti adanya syurga dan neraka, adanya tuhan iaitu Allah yang sentiasa perhatikan kita. Dia yang Maha Mengetahui segala-galanya tanpa tertinggal satu pun dari sekecil-kecil sehinggalah sebesar-besar perkara Allah tahu tentang diri kita. Hati kita juga Allah tahu, sedang sakitkah? Sedang merindu? Sedang marah? sedang menyumpah seranah? Sedang sabar? Sedang beristigfar? Bahkan sedang apa sahaja Dia sangat-sangatlah tahu..

“ Tidakkah engkau perhatikan, bahawa Allah mengetahui apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi? Tidak ada pembicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan Dialah yang keempatnya. Dan tidak ada lima orang, melainkan Dialah yang keenamnya. Dan tidak ada yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia pasti ada bersama mereka di mana pun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitakan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (58:7)


Sedang apa kita sekarang?

Lagi makan?  Lagi menonton televisyen? Lagi berguling di atas tilam? Lagi mengemas rumah? Lagi berfacebook? Lagi dan lagi apa yang Allah tak tahu ukhti…?

Teringat kata-kata seseorang ‘’sebagai seorang yang ditarbiyah, sebagai seorang daie, cukuplah dengan bermalas-malasan itu salah satu maksiat yang kalian lakukan” serius sentap ayat ni. Dirumahlah tempat yang kita punya banyak masa tetapi semakin banyak masa yang terluang, semakin susah untuk kita habiskan mutabaah kita. Hubungan kita dengan Allah semakin hari semakin renggang. Begitulah apabila Dia beri kita sedikit kelapangan dan kesenangan kita mudah untuk melupakanNya.

Jangan zalimi diri !

Tidak melaksanakan mutabaah sama seperti kita ini menzalimi diri kita sendiri. Ruhi kita tersiksa tidak dijaga dengan baik seperti sebelumnya. Makan minumnya tidak terjaga, kusut masai, sentiasa dalam keadaaan sedih dan tidak tentu arah. Dia juga ada haq yang harus kita tunaikan, jangan lupa juga haq Allah ! Ingatlah setiap udara, oksigen, cahaya matahari dan bulan itu ibarat CCTV Allah yang sentiasa perhatikan gerak geri kita walaupun murobbiyah tidak ada disebelah memantau kita.

Memetik kata-kata dari seseorang :

Yang memantau kita adalah Allah,
Kemanapun Allah pandang,
Walaupun orang tidak tahu tapi Allah tahu!

Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud; “Iman yang paling afdal ialah apabila kamu mengetahui bahawa Allah selalu menyertaimu di mana kamu berada” (Riwayat Ath Thabrani).

Fungsi sahabat a.k.a akhwat

Selepas nikmat iman dan Islam adalah nikmat “UKHWAH IMANIYAH”

Apa fungsi akhwat-akhwat a.k.a sahabat-sahabat CINTAN kita? Melainkan saling menguatkan dan saling menasihatkan? jika ikhwah buat KI (Kejut Ikhwah), Marilah buat satu game yang dipanggil KKA (KejutKejut Akhwat), ..siapa yang mahu serta angkat tangan dan kita mula sekarang!! kepada yang baca saya jugak minta tolong kejut saya bangun qiam esok dan seterusnya! ok set !

 p/s : kepada yang berGIGA bersama saya, antunna sentiasa di hati dan dirindui.. peringatan buat diri sendiri insyaAllah (ingatkan saya,saya tak mahu lupa) ~

Comments

  1. sambutlah huluran iman ini ukhti.. bersama kita menjaga iman !

    ReplyDelete

Post a Comment