Buat yang merindui


saje je nak cerita tentang perkembangan budak comel ni


dalam 2 atau 3 minggu ni budak comel yamg bernama Muhammad Naufal Bin Ahmad Zaki Masrudy dihantar ke rumah. Umminya ada kursus di Australia. Kebetulan masa ni saya cuti semester jadi sayalah kena jaga budak yang sentiasa bertenaga ni..

sekarang umurnya 1 tahun 7 bulan. sudah pandai sebut beberapa perkataan " ucu (susu), yak (berak), eee ucuk yek ! (eee..busuk,, yaks ! ), na (nak), nanak (tak nak), ummi, abah, Allahuakbar !, air , mana?, tak tau, la (bola), juk! (sejuk), pa (panas).." n ada lg perkataan yang dia tahu tapi lupa.

Muhammad Naufal sangat cergas dan makciknya juga harus bertenaga untuk menjaganya. Dia sangat suka ajak saya main bola sama-sama, bila waktu makan suka suap orang baru suap mulut dia, suka cubit pipi orang sekuat hati dia kadang sampai luka dan bergaris muka, suka baling barang, suka meng'explore' benda baru...




hasilnya di rumahnya semua barang mainan yang abahnya belikan rosak dan tertanggal dan terburai segala isinya.. kini cuma ada mainan yang tahan lama seperti mainan playskool. terkejut juga bila batu lesung tbelah dua, kepala kipas tertanggal, tiada barang atas meja, habis buku kat rak bersepah. lupe nk snap gmbar2 yang dia rosakkan. Umminya tetap sabar melayan kerenah anaknya yang comel dan suka senyum ni.

kadang-kadang hilang sabar juga tapi kena banyak istighfar bila nak marah. tak sampai hati bila tengok dia senyum


ni mse dia kecil lg...

sinis

tepi pantai

mari membaca

 dalam kereta

sejuk !


orang cakap mata kami sama, muka sama sikit.. hidung jep tak sama..ada juga y cakap ni adik saya..huh~

Muhammad Naufal jadi anak yang soleh, penyejuk hati ummi,abah.. jadi Mujahid yang tegar, kuat dan gagah ! kami sayang Muhammad kerana Allah~




Comments

Post a Comment