Redha... redha..





Minggu yang dipenuhi perancangan. Alhamdulillah pada mulanya perancangan berjalan dengan sangat lancar. 
Faiqa membelek buku planner yang berwarna pink.

“insyaAllah berjalan dengan baik !”

Telefon bimbitnya berbunyi tanda mesej masuk. Faiqa terus mencapainya.

“ Salam, plan bertukar Kak Shinju tak boleh gi ade hal. Jd kita akan tetap pergi tanpa dia ke walimah Kak Suhaila. y gi tinggal kite bersembilan dari Johor. Faiqa ganti Kak Shinju drive malam ni”

Selepas membaca mesej Faiqa senyum sembil membalas mesej tersebut. “ok !”

Dalam hati Faiqa membisik “ last minit selalu ada je yang jadi,, come on Faiqa ! ”

Faiqa bertolak ke tempat berkumpul selepas zohor.

***************

Malam itu dua buah kereta sudah tersedia, Viva( ikrimah) dan Myvi.  Sebelum pengembaraan bermula pada pukul 10.30p.m, Kak Syuhada’ membaca doa. Selepas itu kami diberi arahan

“Setiap kereta kena lantik AJK Iman dan AJK Perhubungan.”

Masing-masing hanya mengangguk tanda setuju sambil tersenyum sesama sendiri.

Kereta Viva dipandu oleh Kak Ainun memecut 120 km/h manakala Myvi yang dipandu oleh Kak Ah ikut dari belakang.

Faiqa memelapkan mata selama satu jam dek kerana badan dia terasa sangat lelah tidak cukup tidur. Selebihnya dia menemani sahabat yang lain yang berjaga menemani Kak Ainun.

Sampai di hentian rehat Senawang, yang lain berkejar ke tandas. Kemudian perjalanan disambung semula oleh Faiqa.

Kak Ainun melihat Faiqa yang sedang berdiri “Faiqa drive eh?”

Faiqa mengangguk kepala “ok, tak kisah tapi slow sikit la mula-mula ni”

“tak pe asal akak boleh tido sekejap”  Kak Ainun terseyum.

“okai., insyaAllah !”

Faiqa mula menghidupkan enjin kereta Viva, rombongan Myvi ketinggalan dibelakang.

Dengan lafaz bismillah diiringi doa naik kenderaan mereka memulakan semula perjalanan. Dalam perjalanan kelihatan kereta Myvi muncul dengan kelajuan yang menerujakan. Faiqa membiarkan sahaja kereta itu memotongnya.

Dalam hati “laju giler Kak Ah bawak kereta, aku bawak 120km/h ni”

Dia memandang cermin belakang kelihatan Kak Ainun dan Kak Fairuz sudah tidur. Dia hanya ditemani Kak Fatin disebelah. Kak Fatin sibuk menukar siaran radio, akhirnya dia membuka CD  nasyid yang menenangkan hati malam itu.

Dalam hati Faiqa cuma beristighfar.
***************

Setelah lama berjalan jam menunjukkan pukul 3 pagi.

Faiqa bersuara, “ kita tahajud dulu eh.. ”

Dengan muka yang mengantuk “okey ! ”

Selesai solat Kak Fatin dan Kak Ainun mengadu. “Faiqa, kiteorang lapar la. Beli makanan dulu boleh??”

Faiqa gelak kecil, “ okey, gi la beli da macam sahur dah. Beli bungkus makan dalam kereta.”

Selepas itu mereka meneruskan semula perjalanan. Faiqa memecut semakin laju, Faiqa tidak dapat menahan lagi keinginannya. Dia sering berada di barisan sebelah kanan.

                                                                                    ************                        

Pada pukul 4.00a.m, rombongan Myvi sudah smpai untuk  qimulail. Sedang rombongan Viva belum tiba lagi.

“Faiqa , diorang da sampai. Diorang nak qiam dulu then berehat”

Faiqa menjawab. “ yeke.tak pe relaks, antunna da solat sempat makan-makan lagi.”

Tepat pukul 4.45a.m, Viva sampai. “kak, cakap kat diorang kita dah sampai”

“okey, diorang cakap nak tido sat sebab Kak Ah da mengantuk”

Faiqa mematikan enjin kereta dan buka sedikit dedaun tingkap. “ okey, cakap dengan diorang 5.15a.m gerak la camtu”

Masing-masing melelapkan mata dengan lena. Sehinggalah lena diganggu oleh  bunyi bising alarm dan mesej dari rombongan lagi satu. Bangun sahaja dari tidur, mereka ke tandas untuk mencuci mata.

Faiqa meneruskan lagi perjalanan sehinggalah  ke Perak. Tepat pada pukul 6.10a.m. Mereka menunaikan solat subuh di Masjid UNIP , bermathurat sambil menunggu sahabat UNIP menjemput mereka ke rumah sewa.

“ jom, diorang dah sampai !”

“jom-jom”

Faiqa memandu mengikut belakang kereta sahabat UNIP. Akhirnya sampai juga dirumah sewa.

“Alhamdulillah !! “

Masing-masing sibuk membersihkan diri kemudian solat sunat dhuha. Usai solat mereka merebahkan badan yang letih. Mata tanpa ditunggu sudah terlelap.

Selepas zohor mereka akan bergerak lagi bagi menghadirkan diri ke majlis akad Kak Suhaila. Tenaga yang cukup harus dikumpul supaya tubuh dapat bergerak dengan cergas.

“ kami tido dulu ye !!”

BERSAMBUNG….






Comments