dah kenape...

rasa nak tulis pasal dia. ye, dia adik aku.




umur kiteorang rapat-rapat. dulu aku selalu dengan dia. dia sekarang 18 tahun dan aku 19 tahun. ye, mestilah selalu gaduh. kita masing2 jenis tak reti mengalah. kadang bergaduh sampai berdarah dan bengkak-bengkak. pergi sekolah sensame dari sekolah rendah,nek motor pacak tiga (mesti dapat bayangkan 1 motor abah, aku dan dia) . smpailah sekolah menengah, dia pula yang bawak moto dan aku duduk belakang.

teringat waktu sekolah rendah. bila besday dia aku tak bagi pun dia hadiah. tapi bila besday aku dia sedaya upaya belikan aku hadiah. masa dia lupa besday aku dia kuar rumah sekejap nek basikal dan bawa balik biskut "tiger" hadiah kat aku. aku gelak tgk hadiah dia. mentang2 la aku suka makan biskut. masa tu sbb aku tahu dia bukannya jenis simpan duit. lebih2 lagi lelaki, manelah simpan duit. aku terharu mase tu sampai sekarang aku ingat.


amaran keras ! KRAFT BOIKOT !



bila kita da besar sikit. kiteorang masing-masing dah sekolah menengah. kite sme2 membesar. aku tahu waktu dia marah, waktu dia sedih, waktu dia tak puas hati dan waktu dia rasa serba salah. kat sekolah mungkin dia nakal siket. balik sekolah je,kadang baju kotor sebab terjatuh masa berlari. kadang tu muka dia berdarah dan bengkak. kadang baju or seluar terkoyak. mak abah tak tahu, sebab diorang bertungkus lumus mengerah keringat untuk kami anaknya. aku jelah yang tahu cerita dia dulu. masalah dia dengan cikgu semua aku tahu. kalau exam selalunya BI dia lebih tinggi dr BM. Kadang aku sendiri yang cek beg sekolah dia.

 kami tak pernah serius kalau bab-bab bercakap. dia selalu buat lawak dengan cerita-cerita karut dia.sebab tu aku suke gelak dan senyum. Aku rasa dia sweet dan comel. Serius adik aku memang comel. Lebih2 lagi aku dan dia suka kat kucing.  kalau dah besar-besar ni cara gado len siket. kalau aku marah kat dia, dia diam. kalau dia marah kat aku, aku lagi diam sebab aku memang malas siket bab2 nak bercakap ni. kalau kiteorg tak bertegur, selalunya aku la yang cari jalan nak pujuk dia dengan   cara masakkan something untuk dia makan petang.pastu  kita makan sama2 depan tv. sebab kalau tak ada dia, kat sape lagi aku nak cakap.

kat rumah cuma ada aku, dia dan mak abah. bila mak abah kerja, tinggal aku je dengan dia kat rumah. Kami ada masa jumpa mak abah pagi sebelum pergi sekolah je, balik sekolah mesti rumah kosong.  mak abah sampai rumah dalam pukul 10 atau 11 p.m. tapi abah sangat ceria bila jumpe kiteorg, stiap anak dia pggil dengan paggilan manja tersendiri. tapi cume ada waktu sekejap je sebab mak abah dah letih. Kadang2 tak sempat nak berborak sebab kami dah tido awal. mak abah sangat sangat care, cari rezeki untuk kiteorg. kalau penat tak pernah merungat apatah lagi bermasam muka depan kiteorg. kakak2 dan abg aku sume jauh2. ada yang kerja ada yang belajar. mcm tu lah permulaan zaman remaja kiteorg yang bergelar  "budak sekolah menengah". bila waktu  puasa, setiap hari kite buka 2 org. akulah yang selalu layan dia.



waktu semakin berganti. dia semakin besar. Umur aku juga semakin meningkat. mungkn dia rasa sunyi, sama seperti aku. keluar kesana kemari bersama kawan dia. aku juga remaja , aku faham perasaan dia. memberontak. aku faham. kadang bila sendiri dirumah aku juga menangis sendiri kerana rasa sunyi. rasa tidak dipeduli. aku banyak kali halang dia dari keluar dan pulang lewat. tapi memang sifatnya; apa sahaja yang dia nak, dia mesti dapat.



aku tak sempat bersosial sebab kakak2 aku tiba datang dalam kamus hidup aku, sedikit2 dekati aku.sperti bermesej. mereka sempat tarik aku sebelum aku pergi jauh. jika tidak kerana usaha mereka. mungkin aku juga hanyut dengan dunia aku sendiri. aku boleh je keluar rumah dengan kawan2 dan balik malam sebab mak abah aku memang  tak tahu., cumanya aku mesti ada dirumah sebelum mereka pulang.

zaman awal remaja aku dan dia selalu memberontak. sebab kami rasa masih tak dapat apa yang kami mahu. kami fikir orang tak pernah rasa dan faham kami. alhamdulillah aku mampu kawal rasa tu sebab adanya kakak2 aku yang sering bertanya kabar. aku rapat dengan kakak aku lebih dari mak abah sediri. kredit aku habis dengan setiap hari kol kakak aku di usm. kadang2 aku kol dia lebih dari 2 kali satu hari. aku mula banyak bercakap sbb semua tu mula dari kakak2 aku. bila dengan diorang aku boleh tersenyum dan gelak. Mugkin kakak2 aku dapat tangkap sebab apa aku masih punya masalah untuk berkomunikasi, bercakap dan sebut dengan clear .

aku cuma nak terangkan benda ni pada kakak2 aku. dia cuma perlukan masa. tak mustahil suatu hari nanti dia  jd ikhwah (amin3) . dia remaja dan aku pun sama. Ini apa yang dahulu kami rasa. tugas kita banyakkan doa. dalam tahajjud kita. aku faham korang sangat sayangkan dia. aku pun. sebab dia satu2nya adik yang aku ada.

p/s : dah kenape teringat dia =='




Comments

  1. bg je la ana nikah ngan dia. nak resume ana, by hand kat tiga2 org. kuikui.

    ReplyDelete
  2. owh,post yg sgt menyentuh hati n sanubari!

    mode: menangis

    bykkan doa padaNya,kerana Dia yang memegang hati hamba2Nya.moga Allah perkenankan doa sahabatperjalanan. :)

    ReplyDelete
  3. adeq : hahaha.. meh dtg uma merisik~

    ezan sahizzah : insyaAllah, doakan dia. hehe. sbb mnulis pn dlm mode tu =p

    ReplyDelete
  4. nk bgtau ni kat dia :

    gambar diselak. tipu kalau cakap tak rindu masa tu . kalau masa boleh diputar. aku jaga kau baik. ajar semua perkara yang baik. nasihat semua benda yang baik. tp masa tu pn aku tak brapa baik. kte sama2 degil. aku pun suke jugak wat benda bukan2. tapi sekrang kita dah besar.. kau jauh. kau jgn salah paham, bila jalan sbelah kau sikitpn aku tak malu nk ngaku kau adik aku.

    ReplyDelete

Post a Comment