FACE IT





Tiba musim tengkujuh
Kaki dihayun di pagi hari
Berjalan ke kelas sambil perhati suasana sunyi pagi
Burung sibuk menyanyi mengiringi aku ke kelas
Tiba bunyi air diinjak..                                                        
Melihat kasut kelabu ku kotor
Menarik nafas panjang, terus melangkah
Melihat jam di skrin telefon
Masih awal, sengaja aku keluar awal
Berjalan hanya melihat jalan dihadapan
Senyuman dilontarkan kepada mereka yang tersenyum melihatku
Tidak mengira sosok mahasiswi yang dikenali mahupun tidak

Dalam berjalan bukan fikiran aku kosong
Sibuk memikirkan tanggungjawab
Pada aku banyak lagi belum beres
Dalam aku berjalan seorang diri..
Memikirkan pelbagai strategi dan solusi
Kadang jalanku bersama telefon bimbit ditangan
Semuanya kerana bertanya kepada mereka yang lebih arif

Pergi ke kedai berdekatan
Membeli sekotak air untuk diminum
Lalu melabuhkan punggung di atas kerusi
Kembali bermonolog sendiri
Aku perlu cepat
Tapi kadang aku rasa tak kuat
Aku tahu patut untuk ketepikan semua rasa tu
Barulah layak untuk digelar seorang da’ie

aku tak mahu jadi penumpang
berdiri atas nama
tapi pendukung…
bukan digelar pengecut
biar aku pikul, sakit biar aku rasa
semoga DIA beri aku kekuatan demi kekuatan
aku bukan ragu, bukan aku takut

buat apa fikir semua tu
yang penting buat dulu
 aku sendiri pegang janji DIA
bukan pegang janji manusia
manusia selalu kecewakan aku
tapi DIA tak....

Comments