tika ototmu melemah
tika dadamu terasa
sakit
keadaan mula
menghimpit
tika bicaramu cuma
tangis
tidak mungkin…
DIA meninggalkanmu
sendiri
sedalam mana lelahmu
dan kau rasa sendiri
tidakkah kau
terdetik
siapa setia mendengarmu selama usia?
Dan kerna tuhanmu
bersabarlah
lepaskanlah mereka
pergi
kebutuhan kamu bukan
pada mereka
marahmu tidak
menggores mereka
malah menyakitimu
dan tidak mungkin…
DIA meninggalkanmu
sendiri
selama kau pergi
DIA setia disisi
melihat setia dan curang ayatmu
melihat setia dan curang ayatmu
menonton rutinmu setiap hari
menunggumu saban hari
menunggumu saban hari
namun terusan DIA
mengasihanimu
Dan kerna tuhanmu
bersabarlah
teruskan berlari
selagi masih
bernafas
selagi masih punya
kudrat
selagi sendi berperanan
walau tidak tahu diterima tidak
apa yang berlegar difikiran
cuma mahu menjadi perhatianNya
walau tidak tahu diterima tidak
apa yang berlegar difikiran
cuma mahu menjadi perhatianNya
kerna itu
mana mungkin..
DIA meninggalkanmu
sendiri…
:'(
ReplyDelete