AKU BIMBANG JIKA TERLAMBAT







Bila kau bernyawa
bermakna kau hidup atas masa
melawan masa itu mustahil
kerna masa akan tetap berjalan
tanpa kau paksa dia tidak menunggumu

pabila..
seusia mudamu
leka dan alpa itu juadah
duduk belenggang senang
jiwa muda kau senggang
tubuhmu digari kebaratan
obesiti moden melumpuhkan tubuh
hidup kau persis mayat hidup
berkulat dan mereput..

beza sungguh jiwa hari ini
jiwa mudamu keras
sekeras dinding konkrit
berita semasa cuma buah mulut
tapi tanganmu kudung tak mampu merubah
bibirmu bisu bahkan air matamu basi

buka jendelamu
butakah???
saudaramu merana menghirup udara
ditarah seksa kerna secebis roti
tertunggu-tunggu hujan untuk setitik air
malah kau cuma menonton?

Mana dahulu jiwa muda yang gah?!
sekali menggertak,,
si pengecut berlari tak cukup tanah
berharap sungguh di tikam berkali-kali
agar mampu tersenyum puas bertemu ya Rabbi

keluarlah…
sekian lama terperam
aku bimbang kau membusuk

aku bimbang jika terlambat
kau baru sedar selama hidup
kau seorang yatim piatu

aku bimbang jika terlambat
kau baru sedar
jasadmu sudah didalam tanah

aku bimbang bila kita terlambat
kerna kita terlalu lambat...!

Comments