SYURGA "DIA"




Apa yang bisa bergerak
Tak mampu untuk tinggal lama
Nanti akan pergi

Saat hati dibuka
Menyayangi dan memberi tak berkira
Kau itsar
Namun masa terus bergerak
Semakin jauh semakin kita menjauh

Bila jauh jangan menjauh
Semat dihati
Doakan jangan dilupa
Seperti hari hari kita solat bersama
Kau usung namaku dalam tadahan doa
Meski kita kita bersimpuh atas satu sejadah yang sama

Arah mungkin berbeza
Apapun perkara atas dunia mungkin kita bisa peroleh
Tapi untuk kedepan bukan disini tempat kita sebumbung
Malu untuk aku minta pada tuhan
Kerna betapa tidak layaknya aku
Kerna mahu bertemu kamu dalam suasana yang baik
Kerna aku mahu bercanda dan tersenyum bersamamu

Di syurga DIA

Comments