2017


Selamat datang 2017, alhamdulillah dalam masa berjalan terlalu banyak rahmah dan kasih sayang sepanjang berdagang.

punya mak dan abah yang masih sihat juga satu rahmah

punya sahabat hati juga satu rahmah

namun dalam banyak rahmah sepanjang bernafas, berbuat dosa juga tidak pernah terlepas

selalu sengaja aku tulis puisi, kerna malu ungkap rasa hati. Namun sekarang hati bagai kering, jari bagai kejang kerana ketandusan kata atau kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia atau kerana dosa-dosa sehingga aku hilang deria.

target 2017?

sekarang aku sibuk dengan kursus jangka pendek. pada aku bakal menentukan corak hidupku dan akan datang dan jadi usahawan yang berjaya in shaa Allah. jika ada yang membaca ini, kumohon doakan aku berjaya di dunia dan di akhirat juga.

kucoret ini mungkin dalam kelu dan kejang
segar senyumanku tak sesegar beberapa hari lalu. mungkin kerna hati yang bengkak dan rapuh.
tertanya mana sahabat yang selalu temani aku dahulu. sekeliling aku seperti dongeng cerita dahulu yang aku sangka tidak berlaku. namun sekarang berlaku dihadapanku. sedang dilayarkan nyata di dalam skrin mata hitamku dan sekarang berlegar di dalam kepalaku betapa manusia ini sukar untuk berterima kasih kepada yang memberikan nyawa. cuma aku mampu berdoa untuk mereka.

namun, Allah itu tidak akan tinggalkan kita sendiri mahupun biarkan kita rasa sendiri. punya mak dan abah dan sahabat yang memahami itu satu rahmat yang sangat besar,

dia yang menggerakkan hati, dia yang memberi rasa. dalam jauh dari mak dan abah, ada tempat untuk menadah air mata, tempat untuk bersandar tatkala badan lemah tak mampu bergerak, merawat tika bibir menjadi pucat, berjaga malam untuk memberi ubat, menyuapkan nasi tatkala tangan tak mampu diangkat, memapah tika kaki tak mampu berjalan dan cuma air mata dan ucapan terima kasih mampu kuucapkan beserta doa. jakilllah saudariku, hanya Allah yang mampu membalas.


untuk 2017..

aku mahu jadi baik dan lebih solehah berbanding 2016




Comments